Wednesday, February 6, 2013

Jom Singgah di Bukit Malawati, Kuala Selangor

Hari minggu yang lepas 2 Februari 2013, aku balik ke kampung halaman.
Sebelum sampai ke kampung, aku singgah sekejap di Bukit Malawati, Kuala Selangor.
Dah lebih 10 tahun tak pergi tempat ni, seingat aku kali terakhir pergi
 masa mak dan abah balik Mekah tahun 90-an.

Hari Sabtu dan Ahad boleh naik Trem. 
Dengan harga yang berpatutan untuk menaiki Trem ni. 
Setiap 10 minit mesti ada trem yang lalu ambil penumpang. 



Memulakan perjalanan di pintu masuk Bukit Malawati, Kuala Selangor.


Bekalan mainan di atas


Pergh... Kena guna berus dawai tu nak bersihkan...


Mercu tanda Kuala Selangor - Rumah Api
(Cantik pulak gambar aku tangkap)


Berapalah usia pokok tu kan? Dah berjanggut panjang menyembah bumi...


Mama & Muhammad 


First time Muhammad tengok monyet ni... Tu yang nak berdokong je.


Tarikan utama - Memberi makan kepada monyet-monyet yang jinak.


Penjual yang menjual sayur dan buah kepada pengunjung untuk
 diberi kepada sang monyet.


Aku suka dengan warna monyet ni... sangat cantik..
Inilah dia Monyet Peranakan - kawin campur - Dapat anak yang comel


Ini hubby dia kot... Kemana saje dia ada di sisi...


Meriam zaman dahulu kala...
Dari atas ni, kita boleh nampak Laut Selat Melaka... Sangat Indah.
Inilah Kubu Pertahanan Zaman Raja Melayu - Selangor.


Cantik betul tunggul pokok ni.. Pun aku sempat snap.


Jom balik turun ke bawah... Dah penat main dengan monyet-monyet ni...


Bibik tanya aku, kat mana monyet-monyet ni tinggal... 
Seumur hidup bibik ini pertama kali tengok monyet yang banyak dan jinak.
Aku kata : Ni rumah dia (gambar di atas)... dengan pokok janggut tadi.
 (Bukan yang belakang tu ya.. Yang pokok besau tu).. Belakang tu Muzium...


 Makan Raja

Teringat aku 1 cerita pasal Makan ni... Ini Kisah Benar... (mood seram)

Masa kami sekeluarga naik Bukit Malawati ni kakak aku
 sesat sebab jalan nya berbengkang bengkok.
 Sebab kereta dia turun dulu, dia berhenti kat depan makam ni...
Abang (kereta lain) tanya dia kat mana? 
Dia kata dia kat depan masjid (makan). (Masa tu waktu senja)
Abang kata tak jumpa masjid, kat mana. Setahu abang tak de masjid kat bukit tu.
Kakak pergi jenguk kat masjid tu, tapi tak de orang. 
First time dia kata masjid tak de orang. Bila dia pergi kat papan tanda tu..
Baru dia tahu itu makam... Jadi.... (paham-paham ye)

Bila lalu kat makam ni, teringat kat kakak aku - Suhana.
Dulu pun, aku ingat makan tu surau kecik.


Tangga 100 - Pasti kurus 50 kg aku kalau naik tangga tu.


Singgah sekejap kat Taman Alam - Ada Taman Ikan Air Tawar. 



Akhirnya... Sampai juga ke pangkal jalan... Masa kat atas bukit tadi, kita boleh turun sampai berapa lama pun boleh kalau larat. 
Trem kat sana sentiasa bergerak untuk ambil penumpang.


Yang best nyer... Dekat tepi pintu masuk Bukit Malawati ni ada Masjid.
Jadi, kepada orang Islam boleh menunaikan solat dengan selesa.
Di samping melihat-lihat keindahan Bukit Malawati, sembahyang tidak dilupakan.

Ok... sampai sini cerita saya. Kalau jalan ke Kuala Selangor. 
Jangan lupa singgah melawat Bukit Malawati. 

Monday, January 21, 2013

Family Gathering

Hari minggu tadi 20/01/2013 adalah hari kami sekeluarga
 berkumpul dikediaman kakak di Kota Kemuning sebab
dia baru saje selesai ubah suai rumah. - Renovation -
Jadi, hari ni nak buat doa selamat untuk keluarga sahaja.
Kalau dah kumpul camni, memang riuh rendah
Keluarga aku ni kalau bercakap 2 km pun boleh dengar lagi suara diorang.
Yang dok sebelah rumah tahan telingalah.

Aktiviti orang dewasa macam biasa...
...Makan sampai kenyang...



Aku diberi tugas untuk membeli ayam dan memerap nyer...

Sepanjang aktiviti senaman mulut ni, xde yang sakit perut dan muntah-muntah.

Jadi, ini bermakna aku memerap ayam dengan sempurna.


Kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipes tentulah kena ada, 
untuk menambahkan lemak dan gula dalam badan...


Bagi yang tak sabar nak makan (macam diorang ni), memang dah tunggu tepi.

Asal angkat saje mesti hilang... termasuklah anak aku kat tengah tu.

Lepas kenyang makan, budak-budak buat aktiviti membazirkan air...

Orang yang paling excited sekali adalah yang 

"bertonggeng membelakang kamera tu"


Tak lain tak bukan anak aku juga...
Dalam hidup dia, ini kali pertama dia tengok benda ni.


Sampai dia kata nak jadi buaya







"Muhammad & Tasnim" - Peace mama

Memang seoronok bila keluarga dapat berkumpul macam ni... 

Thursday, January 17, 2013

Jangan Malu Mengaku Suka Makan Petai

Sekadar ingin berkongsi dengan anda semua makanan kegemaran aku...
Aku Paling Suka makan Petai.
 Pada aku tiada makanan lain dapat menandingi kelazatannya.
Sape yang tak pandai makan petai, memang rugi...
Aku tak malu dan tak segan silu mengaku yang aku peminat tegar petai...

Buat apa nak malu pada makanan yang begitu hebat khasiatnyer... 
Betul tak?

Petai ni banyak khasiat ... Tak caya baca blog ni :


yang aku tak boleh blah... ayat ni...
"Petai mampu membunuh kutu babi" Ada beraniiiii??? 
Punyalah banyak khasiat petai ni.
Ni pun sedara mara petai... Pun feberettt aku juga...


Ini aku tak tau nama betul dia.. aku agak jer.. Ni anak petai...
Dulu masa zaman sekolah rendah, aku dengan Azlin Ishak (kawan sekampung)
 selalu singgah makan ni kat tepi jalan raya (Sg. Panjang) depan rumah makcik dia... 
Tak mintak izin pulak tu :) belasah jer.

Paling buat aku bahagia... 
Bila aku datang rumah kakak-kakak aku diorang mesti beli petai. 
Kerana aku datang, kakak dan abang ipar aku sanggup keluar beli petai semata-mata.
Aku terharu sangat bila diorang buat macam tu..
Pernah masa aku kat universiti dulu, kakak aku post kan sambal petai
(Guna Post Laju) dengan sepucuk surat. 
Sampai sekarang aku masih simpan surat yang dia kirim tu -mode sedih ;( -

Aku bertuah sebab dapat suami pun hantu petai juga macam aku...
Yang lagi best nyer, bapa mertua aku ada dusun yang tanam buah petai


Bila balik kampung rumah mertua, mesti dapat habuan... 
Kalau tak musim buah petai, ayah mertua aku akan belikan kami petai 
sepanjang kami ada kat kampung...

Bila nak balik ke Kuala Lumpur... Ayah mertua akan beli lagi untuk bekalan kat rumah...
Memang stok petai kat rumah aku tak kan berkurang...


Kalau ada petai ni, benda selalu aku buat


Udang sambal petai.. Tapi yang banyaknyer mestilah petai dari udang...

Kadang-kadang tu aku buat nasi goreng petai...

Tak pun, aku rebus atau makan mentah...


Sampai makan karipap pun aku jolokkan petai dalamnyer... Sedapppp nyer...

Kalau makan kat luar, aku pasti tak lupa dengan petai ni...


Pernah aku datang rumah Juju.. Mak dia masak sambal tempoyak petai...
Sedap giler.. First time makan benda tu.


Moral of the story... korang dah tau kan aku suka petai... So...
Nanti kalau aku datang umah korang...
Jangan lupa sediakan petai... Kih..Kih..Kih..

Jangan Malu Untuk Mengaku Anda Suka Makan Petai!!!

Menabung Duit Syiling


Sebagai permulaan tahun baru ni, aku nak story pasal amalan menabung. 
Aku percaya korang semua mesti ada melakukan perkara ni kan. 
Tak banyak, sikit jadilah... Asalkan ada kan?

Kalau dah menabung, perlu fikir 10 kali bila nak keluarkan. 
Jangan bulan ni simpan RM 100 bulan depan keluarkan RM 200. 

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan atau kerja makan gaji, 
mesti asingkan duit sebaik sahaja gaji keluar. 
Menabung ni bukan dibuat pada saat-saat akhir,
 nanti yang tinggal ciputtt ja. Belanja yang lebih banyak...

Aku ni bukanlah pakar kewangan atau staff AKPK. 
Aku sekadar mengingatkan untuk diri aku juga...

Pada aku, menabung tu satu kemestian, 
Bukan apa untuk kegunaan saat-saat yang kita tak duga...

Masa aku kecik-kecik dulu, aku ada tabung buluh,
Tabung buluh tu aku buat masa class kemahiran (sekolah rendah tahun 4),
Cikgu suruh kami bawak buluh untuk buat tabung
Hari cuti sabtu ahad, aku & kawan gi cari buluh kat Parit Cabang (Sungai Besar)

Hasilnyer...


Ini bukanlah gambar Tabung buluh aku tu, aku ambik kat google jer.. Huhu
Tabung Buluh aku besar...Guna Buluh Betong...


Besauuu kan tabung aku?

Kalau abah bagi belanja banyak, aku mesti simpan,
Dulu abah bagi belanja sekolah pagi 30 sen, sekolah petang 30 sen
Cukup beli makanan sup/mee semangkuk kecil dan air segelas.

Sekarang ni mana nak dapat sup/mee 20 sen macam dulu.
Kalau abah bagi aku RM 1.. Aku senyum-senyum jer.
Tapi abah pesan duit tu sampai esok.

Jumlah simpanan aku dalam buluh betung RM 200. semua syiling.
Aku masukkan duit tu dalam Tabung Haji. Mak yang masukkan.

Sekarang... walau aku dah besar, aku tak lupa nak menabung.
Tapi aku tak simpan dalam buluh betung lagi.
Aku simpan dalam bekas bedak yang dah tak pakai. Hehe...
Save budget dan sedikit selamat.
Aku toreh belakang dia dengan pisau.



Ha.. tengok.. sampai berbedak-bedak syiling aku... Bior wangi...


Yang ni Bekas Beli Kain Pelikan En. Husband... Pun jadi tabung juga...


Tak dapat simpan duit kertas, simpan duit syiling pun, banyak juga hasil nyer...
Biar sikit lama-lama jadi bukit...

Friday, January 11, 2013

KuLiT CemPedaK GoReNg

Sape pernah makan kulit cempedak goreng?
Kalau belum.. atau belum tahu... Meh aku tolong kenalkan...
Aku tak pasti, makanan ni berasal dari mana...

Ada yang kata orang Banjar... 

Bukan sebab aku orang Banjar aku cakap camtu...
Tak kesahlah dia asal kat mana, yang penting makanan tu tersenarai dalam faberet aku...

Tak susah pun nak buat, cuma aku tak rajin ja nak mengopak kulit nyer tu...

Makanan ni keluarga aku panggil "Papai"... 

Sebab apa? Entah.. tak sempat tanya mak aku...

Kalau ada papai ni, sepinggan nasi mesti tak cukup... (aku la tu)

Camne nak masak?

Mula-mula.. Kulit cempedak yang dah diambil isi tu jangan dibuang,

Buang kulit luar nyer dan rebus untuk lembutkan dan hilangkan apa-apa yang tak patut

Lepas tu tos kan hingga kering airnya dan diperam bersama garam dan air sehingga 

menutup kulit cempedak tersebut. Simpan elok-elok dalam peti es.

(Macam buat pekasam tuuu..)

Ikutlah suka hati nak peram sampai bila...

Kalau jenis tak sabar macam aku ni, hari ni peram, malam nanti aku dah masak...

Peram tu bukan apa, saje nak bagi garam tu meresap dan tahan lama juga...

Barulah makan rasa nak menendang-nendang kaki orang...


Bagi yang mengamalkan pemakanan sihat, makanan ini amat tidak sesuai untuk anda.

Tapi kalau nak cuba.. tak salah.. Janji, lepas makan terus lari 2 km.

Yang semberono macam aku ni, memang tak ambek kesah... huhu


Seperti tidak menarik kan???

Untuk menampakkan dia lebih ayu...

 Goreng la bawang dan cili padi potong dan taburkan di atasnya...

Bak kata Jambu dalam Maharaja Lawak 2 Siri 5 :

"Amboi sedapppnyaaa...."


Ayu Tak? Ayu Tak?

Selamat Mencuba!!!

Wednesday, December 12, 2012

Sambal Pecal Resepi Bonda

Hari minggu tadi, "Bos Besar" bagi aku cuti 3 hari...
Oh.. best nyer.. aku balik kampung bermesra dengan mak dan abah tercinta...



Bila dah balik kampung ni.. macam-macamlah aktiviti yang tak dirangcang dibuat..
antaranya.. membuat sambal pecal..
Sekarang ni semua dah moden.. pakai blender jer... krenggggggg.. dah siap..

Tapi mak aku ni, tak nak guna benda tu, katanya, nanti berminyak.. padat sangat..
Dia suka guna tradisional.. tumbuk sendiri gunakan tulang empat kerat nya..
Walaupun.. mak ni dah nampak uzur.. tapi tulang mak lebih kuat dari aku...
tulang aku yang dah uzur.. sian aku...

Mak memang pandai buat sambal pecal... 
Orang yang setia memakannya adalah abah aku yang tampan tu...
Kalau bagi abah sambal pecal buatan orang lain, 
dia boleh tahu.. itu bukan buatan isteri tercintanyer..
ada saje yang dikomplennyer... :)


***********
Ini adalah bahan-bahan untuk membuat sambal pecal..
 semua bahan-bahan ni hendaklah digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk...




Campurkan semua bahan tadi ke dalam lesung tumbuk...


Masukkan setengah peket gula...


Mak aku yang manis dan gagah perkasa sedang menumbuk sambal pecal di dalam lesung..

Mak kata.. lesung kayu tu abah yang buat sendiri...
Panjang betul umur lesung ni...
kalau jual kat muzium ni agak-agak ada harga tak?


Oh.. ada budak kecil nak tolong bantu....

Muhammad : Atokkk.. buat apa tu? Boleh adik tolonggg...?


Muhammad :  Adikk tolongg dudukkk ya tokkk...

Aku : Sabor jelah Muhammad ni.. memang nak kena tumbuk ponggong nyer tu...


Nampaknyer.. ada orang nak bantu juga.. sambil dukung anak...
Tapi sekejap jer..
Tak de sape boleh lawan tumbukan mak yang power tu... 


Inilah hasilnyer tumbukan mak ... 
Sambal Pecal Resepi mak yang  kami sekeluarga suka...

Sebelum balik ke rumah.. Mak bekalkan aku sambal pecal ni... Hoo..Hoo..
Jangan jelez kakak-kakak lain yang tak dapat tu...