Friday, October 25, 2013

KUIH LIDAH BUAYA KEGEMARAN SAYA

Saya ingin abadikan kenangan
bersama mak membuat Kuih Lidah Buaya...
Saya tak pasti apa orang lain panggil kuih ni,
 kalau orang banjar ada yang sebut "Kuih Balung Hayam"...
 
Suatu hari, masa balik kampong, saya teringin nak makan kuih ni. Mak ok saja bila anak-anak nak makan tu dan ini. Mak kata mak akan susah hati kalau tak buatkan makanan yang anak-anak dah sebut... Walau sesuntuk manapun masa, mak akan cuba sediakan.
 
Semasa buat kuih ni, saya tak kan lupa kata-kata Muhammad yang membuatkan mak, saya dan kakak
geli hati...
 


 
Semasa mak buat kuih ni, Muhammad adalah pembantu yang setia memerhatikan mak menguli tepung tu...
Tetapi lepas tu dia pergi main ke depan...
 


"Nak rasa sikit tok..."
 



Bila kembali semula... Muhammad tengok tepung tadi dah jadi bulat-bulat... Bukan main terkejut sungguh muka dia.. dan ayat yang keluar dari mulut dia...
 
"Hahhh... Dah Jadi Batu"
 






Muhammad pun nak ambil bahagian membuat kuih ni...
 


 
Kuih ni perlu dikukus...
 

 
Hasilnya... Kuih Lidah Buaya / Kuih Balung Hayam ...
a.k.a. Kuih Koci...
 
Apa pun dari air tangan mak,
semua sedappp...
 


Thursday, June 20, 2013

Peti Ais Busuk

Dah habis bercuti dapat habuan pertama bila masuk dalam rumah
 yang ditinggalkan selama 14 hari sebelum ni.
Buka saje pintu rumah... Perghhhh... Ada tikus mati ker???
Cek tengok semua bilik, ruang tamu & dapur, ok jer.
 Apa yang bau tak best ni.
Buka peti ais... Masya-Allah. Banyak pertumbuhan alga dan protozoa. 
Rupanya letrik rumah saya mati masa kami tinggalkan bercuti. 
Ni yang tak best nyer rumah ni, kalau petir kuat sikit je, 
mesti dia tendang jatuh fius box tu.
Dah la penat, bertambah la penat nak cuci peti ais ni...



Semua barang dalam ni kena buang. 
Tak nak susah-susah nak fikir membasuh bagai masa tengah penat ni.
Campak saje dalam tong sampah. Tak sakit mata saya ni.
Ikan-ikan yang dah berulat tu rasa nak termuntah tengok. 


Jenuh nak cuci ni, semua kawasan nak kena sental.





Ni baru bahagian atas.


Bahagian bawah jangan katalah... tempat penternakan ulat.
Nasib baik tak banyak ikan yang tinggal.


Nasib baik ada Febreeze.. Dapat la kurangkan sikit bau busuk tu. 
Guna Syampoo rambut pun membantu juga menghilangkan bau ni. 
Cuci ni, bukan 7 kali air bersih lagi dah. Air sekolah pun belum tentu cukup.




Siap juga saya menyental... Sampai silap-silap pasang.
 Cabut laju jer, bila nak pasang balik terkial-kial.
Ada juga hikmah nyer jadi macam ni.
 Kalau tak, tak pernah saya menyental segigih ini.
Baru la nampak macam peti ais baru.


 Nasib baik ada beli buah-buahan masa kat sekinchan tadi. 
Makan buah sajelah masa ni...


Letak pandan sikit... Ingat ni durian apa. 
Tak pelah.. Janji ada bau pandan sikit.

Dah siap menyental peti ais, nak membasuh 3 bakul baju pulak... 
Penat giler. Masa tengah cuti... tak hengat.

Bercuti di Pulau Langkawi

Tercapai juga hajat saya nak bercuti dengan keluarga kecil saya ni. Percutian kali ni kami tak rancang pun. Last minute buat keputusan nak berjalan, jadi saya capai  semua baju ke dalam beg untuk perjalanan selama 14 hari. Kalau dah namanya cuti mestilah masukkan agenda menziarah keluarga juga, bukan selalu dapat balik kampung satu family macam ni. Jadi pemilihan tempat kali ini adalah di sepanjang perjalanan kami menuju ke kampung saya ke kampung suami. 

Sehari sebelum perjalanan saya baru nak packing baju & barang-barang yang nak dibawa. Baby besar saya nak duduk dalam beg sebab dia penat nak jalan nanti katanya.


Jom, cuci mata dengan gambar-gambar yang saya snap untuk cuti kali ini. 

BATU FERINGGI, PULAU PINANG.

Hari pertama percutian, kami singgah di Batu Feringgi Pulau Pinang dan menginap di Hotel Shangri La - Rasa Sayang Resort & Spa. 





Dapat bilik yang menghadap kolam renang. Rasa nak terjun jer dari bilik. 




Muhammad tentu-tentu la tak sabar nak mandi. 
Diseretnyer abah sampai ke depan kolam tu.


Tapi dia tu bukan pandai berenang pun. 
Dapat duduk tepi kolam pun dah teruja rasanya.


Excited sangat sampai cedera jari kaki.


Dah tak nak jalan, dia mintak dukung la pulak.


Bos kecik duduk ya... Tengok saje orang jalan-jalan kat pantai tu.


Ohh... nak juga buat istana pasir walaupun jari kaki cedera tu.


 Sampai matahari nak terbenam baru balik. 
Esoknya jam 1 tengahari kami dah check out. 

FERI, PULAU PINANG

Kalau sudah ke Penang ni, tak lengkap rasanya kalau tak naik Feri nyer yang menjadi mercu tanda kebanggaan Negeri Pulau Pinang. Perjalanan dari Pulau ke tanah besar PERCUMA saje. Tapi kali ini, kami telah membayar harga yang sangat mahal untuk menaiki Feri Pulau Pinang. Nak tahu kenapa?




Sebab nyer...
Bateri kereta kami kong sebaik saja enjin kereta dimatikan.
 Jadi... kami terpaksa la membeli  bateri kereta yang berharga RM 300. 


Hanya kami yang tinggal di atas feri tu...


Ada juga insan yang baik nak membantu, tapi tidak berjaya. Terpaksalah staff feri Pulau Pinang beramai-ramai menolak kereta kami naik ke atas jeti. Disebabkan kami, penumpang dari tanah besar nak ke pulau terpaksa menunggu hampir setengah jam. Sementara menunggu bateri kereta sampai, kami duduk saje menghirup angin petang sambil makan apa saja yang ada dalam kereta tu.

ALOR SETAR, KEDAH.

Lepas pasang beteri kereta, kami meneruskan perjalanan ke Alor Setar iaitu kampung halaman suami. Bila dah sampai ke Alor Setar ni, dah menjadi kewajipan suami saya nak makan Mee Abu kegemaran nyer.




Muhammad baru beli baju renang. 
Excited sangat dia dengan baju tu sampai nak gi makan Mee Abu pun pakai baju tu. 

PULAU LANGKAWI, KEDAH


Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi dengan menaiki Feri sahaja yang berharga RM 28 untuk orang dewasa. Jarak antara jeti Kuala Kedah dengan rumah keluarga mertua hanya 20 minit perjalanan kereta. 


Percutian ke Pulau Langkawi Ini merupakan kali ke-3 bagi saya. Sebelum ini, saya datang membawa mak dan abah  bercuti dengan gaji pertama saya. Kali kedua bersama keluarga mertua. Jadi, untuk percutian kali ini saya akan memfokuskan tempat-tempat yang belum pernah saya pergi sahaja. Tapi ada juga kami ke tempat-tempat yang dah pergi sebab nak habiskan hari-hari cuti yang ada. 

Di Langkawi kami menginap di Hotel Holiday Villa yang terletak di Pantai Cenang selama 6 Hari 5 Malam. Kat Pantai Cenang ni malam nyer meriah berbanding di Kuah.



Pemandangan pantai kat kawasan Holiday Villa ni memang cantik sangat. Tak rugi kalau nak berehat kat tepi laut macam ni.







Bagi makan kat Burung Helang



 Jalan-Jalan naik Bot ke Pulau-Pulau yang cantik di sekitar Pulau Langkawi.



Nampak tak gunung tu macam orang yang tengah mengandung sedang baring.


Jalan masuk nak menuju ke Tasik Dayang Bunting.


Nak menuju ke Tasik Dayang Bunting ni jalan nyer sangat lah thriller... 
Curam sangat jalan nyer. Mengah akak... 10 minit pun terasa macam 30 minit.


Budak kecil ni biasalah, jalan bukit pun dia rasa macam jalan rata. Nak berlari saje.



Bila dah nampak tasik tu, rasa hilang la sikit penat tu...


Masa saya datang tu, orang dah tak de sangat. 
Jadi cuci-cuci mata sajelah. Nak mandi takot.



 Teringin nak buat aktiviti ni, tapi orang tak ramai. 
Rasa tak best la pulak kayuh sorang-sorang.


Sehari di Coral Island - Pulau Payar ... Snorkeling la konon...
 Dari jam 11 pg hingga 3 ptg.




 Dapat bagi makan ikan...



Nampak tak Ikan Dugong tengah berenang... hehe


Nampak tak baby shark.Baby jelah... kalau mak abah dia, sumpah tak nak mandi sini.


Masa malam minggu kat Hotel Holiday Villa ni ada makan BBQ kat tepi pantai. 
Memang best giler dapat makan kambing bakar sampai 10 ketul. 
Naseb baik suami merayu suruh berenti, kalau tak, 
memang makan kambing tak hengat dunia.





Ada Tarian dan Nyanyian Kebudayaan dari warga hotel sendiri.





Makan puas-puas malam tu sampai jam 11 malam.



 Rendam kaki kat Kolam Air Hangat.




Tidak ketinggalan untuk menyepaaa kan diri lepas penat berjalan ke sana sini.





 Hujan dihari kami ingin meninggalkan Pulau Langkawi.


Di penghujung cuti, kami singgah ke kampung saya di Sg. Besar selama 2 malam 
sebelum balik ke rumah kami.