Wednesday, December 12, 2012

Sambal Pecal Resepi Bonda

Hari minggu tadi, "Bos Besar" bagi aku cuti 3 hari...
Oh.. best nyer.. aku balik kampung bermesra dengan mak dan abah tercinta...



Bila dah balik kampung ni.. macam-macamlah aktiviti yang tak dirangcang dibuat..
antaranya.. membuat sambal pecal..
Sekarang ni semua dah moden.. pakai blender jer... krenggggggg.. dah siap..

Tapi mak aku ni, tak nak guna benda tu, katanya, nanti berminyak.. padat sangat..
Dia suka guna tradisional.. tumbuk sendiri gunakan tulang empat kerat nya..
Walaupun.. mak ni dah nampak uzur.. tapi tulang mak lebih kuat dari aku...
tulang aku yang dah uzur.. sian aku...

Mak memang pandai buat sambal pecal... 
Orang yang setia memakannya adalah abah aku yang tampan tu...
Kalau bagi abah sambal pecal buatan orang lain, 
dia boleh tahu.. itu bukan buatan isteri tercintanyer..
ada saje yang dikomplennyer... :)


***********
Ini adalah bahan-bahan untuk membuat sambal pecal..
 semua bahan-bahan ni hendaklah digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk...




Campurkan semua bahan tadi ke dalam lesung tumbuk...


Masukkan setengah peket gula...


Mak aku yang manis dan gagah perkasa sedang menumbuk sambal pecal di dalam lesung..

Mak kata.. lesung kayu tu abah yang buat sendiri...
Panjang betul umur lesung ni...
kalau jual kat muzium ni agak-agak ada harga tak?


Oh.. ada budak kecil nak tolong bantu....

Muhammad : Atokkk.. buat apa tu? Boleh adik tolonggg...?


Muhammad :  Adikk tolongg dudukkk ya tokkk...

Aku : Sabor jelah Muhammad ni.. memang nak kena tumbuk ponggong nyer tu...


Nampaknyer.. ada orang nak bantu juga.. sambil dukung anak...
Tapi sekejap jer..
Tak de sape boleh lawan tumbukan mak yang power tu... 


Inilah hasilnyer tumbukan mak ... 
Sambal Pecal Resepi mak yang  kami sekeluarga suka...

Sebelum balik ke rumah.. Mak bekalkan aku sambal pecal ni... Hoo..Hoo..
Jangan jelez kakak-kakak lain yang tak dapat tu...

Tuesday, November 6, 2012

AnuGerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) NRE Tahun 2011


Kenangan terindah buat semua penjawat awam yang menerima APC,
3 tahun menabur bakti di NRE, aku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,
Tidak sekali aku minta atau mengharap perkhidmatan yang diberi dibalas dengan anugerah seperti ini.
Segalanya ku lakukan dengan ikhlas atas nama TANGGUNGJAWAB...


Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada warga
 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, NRE
 di atas segala pertolongan dan keseronokan sepanjang bersama kalian...

Anda semua cukup bertuah kerana mempunyai nakhoda yang berani dan bijak 
menjaga kalian ketika senang  dan susah...
Kenangan indah bersama kalian semua tidak akan luput dari ingatan saya.
Kata-kata mantan ketua yang sentiasa menjadi pegangan saya, 
Su... "No Bad Soldier Under Good General" ... 

Saya fahami dan selami kata-katanya dengan dalam dan sentiasa muhasabah diri 
Adakah aku mampu menjadi seorang ketua yang baik?




Kini.. Semuanya Tinggal Kenangan Terindah...