Sunday, January 19, 2014

CERITA DI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN MUHAMMAD

Tahun 2014 Muhammad akan berumur 5 tahun.
Sudah masanya untuk hantar Muhammad ke Tadika untuk
belajar dan bermain bersama rakan-rakan lain. Sebenarnya agak last minute juga mencari tempat persekolahan ni. Lepas saya & suami mengambilkira jarak lokasi, yuran persekolahan, persekitaran dan sesi pembelajaran kami memilih untuk hantar Muhammad belajar di Genius Aulad.
 
Hari Sabtu 4/1/14 kami mendaftar, 6/1/14 Muhammad sudah masuk belajar. Disebabkan Muhammad belum komited untuk bangun awal, saya memilih sesi petang iaitu 1.30 hingga 4.30 petang. Jadi sempatlah Muhammad makan tengahari dahulu sebelum ke sekolah.
 
Sebagai ibu yang pertama kali menyekolahkan anak, pastinya saya berasa sangat teruja untuk melihat situasi anak ketika di dalam kelas. Dari jauh sahaja saya melihat dia kerana bimbang jika kelihatan nanti akan jadi hura hara pula jadinya.

Seperti yang dijangka situasi hari pertama persekolahan penuh dengan tangisan anak-anak, aksi kejar mengejar antara guru, anak dan ibu bapa... tidak kurang juga sesi pujuk memujuk. Seronok melihat situasi yang jarang-jarang dapat kita saksikan seperti ini. Suatu masa dahulu, saya juga berkelakuan seperti Muhammad... Beginilah perasaan  mak semasa menghantar saya ke tadika untuk pertama kali... mungkin lebih teruk lagi saya dulu.

Untuk hari kedua, Muhammad sudah pandai berdikari dan bertegur sapa dengan rakan-rakan lain. Sudah pandai naik tangga sendiri dan duduk di kerusi yang sama seperti semalam. Geli hati bila saya terlihat Muhammad di dalam kelas, Muhammad memberi isyarat tangan supaya saya balik. Tetapi saya masih disitu mengintai Muhammad. Disebabkan saya tidak berganjak dari mengintai dia,  Muhammad datang kepada saya dan berkata :

"Mama... kenapa ada lagi kat sini, pergilah balik,
adik nak belajar..."

Mama ketawa sambil berlalu tinggalkan Muhammad.

Saya percaya ibu bapa yang baru sekolahkan anak pasti tidak jemu bertanya soalan-soalan seperti ini apa bila mengambil anak pulang dari sekolah. Mungkin soalan-soalan seperti ini akan berlarutan sehingga seminggu ke 2 minggu...

Tadi belajar apa...
Makan apa...
seronok tak belajar...
 Cikgu garang tak...
Ramai tak kawan-kawan adik...

Sampai... Muhammad pun dah malas nak layan pertanyaan saya. Katanya...

"Mama... semalam kan dah tanya. Asyik sama ja adik nak jawab..." hahaha

Jom cuci mata dengan gambar-gambar yang sempat saya tangkap semasa  hari pertama dan kedua persekolahan Muhammad.


Aksi-aksi sebelum ke sekolah...







 
Bila dah dekat nak sampai...
Bermulalah babak lakonan dia...


Mama... Adik sakit perut la... Adik lapar...
Adik nak makan KFC..


Nangis... mama tak bagi makan KFC sebab Muhammad dah makan sepinggan nasi kat rumah tadi, tak kan lapar lagi kot?



OKlah.. tunaikan juga permintaan dia nak beli sesuatu...


Melangkah malas untuk ke sekolah...





Tak nak masuk kelas pulak...


Ibu Bapa yang menghantar anak ke sekolah hari pertama...

 
Akhirnya... Masuk juga Muhammad dalam kelas.
Duduk di hujung sekali sebab lambat masuk.
 

Naik ke tingkat atas untuk sesi pembelajaran seterusnya...


Kelas Muhammad...


Muhammad duduk yang paling belakang...


 





Muhammad marah sebab tak belikan dia KFC tadi...



Jadi... kenalah tunaikan permintaan dia...
Singgah KFC dulu.

 
Kepenatan & Mengantuk...



Message Book adalah Makluman Ibu Bapa dari Guru-Guru...
Ibu Bapa kena selalu semak buku ini.


Hari Kedua...
Muhammad semakin berani dan tak nangis lagi...

 
Hasil karya pertama mewarna Muhammad...


Sampai di sini saja coretan kali ini...