Sebagai permulaan tahun baru ni, aku nak story pasal amalan menabung.
Aku percaya korang semua mesti ada melakukan perkara ni kan.
Tak banyak, sikit jadilah... Asalkan ada kan?
Kalau dah menabung, perlu fikir 10 kali bila nak keluarkan.
Jangan bulan ni simpan RM 100 bulan depan keluarkan RM 200.
Bagi mereka yang mempunyai pendapatan atau kerja makan gaji,
mesti asingkan duit sebaik sahaja gaji keluar.
Menabung ni bukan dibuat pada saat-saat akhir,
nanti yang tinggal ciputtt ja. Belanja yang lebih banyak...
Aku ni bukanlah pakar kewangan atau staff AKPK.
Aku sekadar mengingatkan untuk diri aku juga...
Pada aku, menabung tu satu kemestian,
Bukan apa untuk kegunaan saat-saat yang kita tak duga...
Masa aku kecik-kecik dulu, aku ada tabung buluh,
Tabung buluh tu aku buat masa class kemahiran (sekolah rendah tahun 4),
Cikgu suruh kami bawak buluh untuk buat tabung
Hari cuti sabtu ahad, aku & kawan gi cari buluh kat Parit Cabang (Sungai Besar)
Hasilnyer...
Ini bukanlah gambar Tabung buluh aku tu, aku ambik kat google jer.. Huhu
Tabung Buluh aku besar...Guna Buluh Betong...
Besauuu kan tabung aku?
Kalau abah bagi belanja banyak, aku mesti simpan,
Dulu abah bagi belanja sekolah pagi 30 sen, sekolah petang 30 sen
Cukup beli makanan sup/mee semangkuk kecil dan air segelas.
Sekarang ni mana nak dapat sup/mee 20 sen macam dulu.
Kalau abah bagi aku RM 1.. Aku senyum-senyum jer.
Tapi abah pesan duit tu sampai esok.
Jumlah simpanan aku dalam buluh betung RM 200. semua syiling.
Aku masukkan duit tu dalam Tabung Haji. Mak yang masukkan.
Sekarang... walau aku dah besar, aku tak lupa nak menabung.
Tapi aku tak simpan dalam buluh betung lagi.
Aku simpan dalam bekas bedak yang dah tak pakai. Hehe...
Save budget dan sedikit selamat.
Aku toreh belakang dia dengan pisau.
Ha.. tengok.. sampai berbedak-bedak syiling aku... Bior wangi...
Yang ni Bekas Beli Kain Pelikan En. Husband... Pun jadi tabung juga...
Tak dapat simpan duit kertas, simpan duit syiling pun, banyak juga hasil nyer...
Biar sikit lama-lama jadi bukit...

yang letak dalam bedak tu kreatif gak :D siap bau wangi lagi ekekeke
ReplyDeleteperkongsian yang bagus. menabung ni amalan mulia.sikit sikit lama lama jadi bukit. menabung la walaupun x banyak asalkan konsisten. duit tabung ni la dapat membantu kita ketika dalam kesusahan nanti dan untuk masa deoan kita
ReplyDelete