Hari minggu tadi 20/01/2013 adalah hari kami sekeluarga
berkumpul dikediaman kakak di Kota Kemuning sebab
dia baru saje selesai ubah suai rumah. - Renovation -
Jadi, hari ni nak buat doa selamat untuk keluarga sahaja.
Kalau dah kumpul camni, memang riuh rendah
Keluarga aku ni kalau bercakap 2 km pun boleh dengar lagi suara diorang.
Yang dok sebelah rumah tahan telingalah.
Aktiviti orang dewasa macam biasa...
...Makan sampai kenyang...
Aku diberi tugas untuk membeli ayam dan memerap nyer...
Sepanjang aktiviti senaman mulut ni, xde yang sakit perut dan muntah-muntah.
Jadi, ini bermakna aku memerap ayam dengan sempurna.
Kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipes tentulah kena ada,
untuk menambahkan lemak dan gula dalam badan...
Bagi yang tak sabar nak makan (macam diorang ni), memang dah tunggu tepi.
Asal angkat saje mesti hilang... termasuklah anak aku kat tengah tu.
Lepas kenyang makan, budak-budak buat aktiviti membazirkan air...
Orang yang paling excited sekali adalah yang
"bertonggeng membelakang kamera tu"
Tak lain tak bukan anak aku juga...
Dalam hidup dia, ini kali pertama dia tengok benda ni.
Sampai dia kata nak jadi buaya
"Muhammad & Tasnim" - Peace mama
Memang seoronok bila keluarga dapat berkumpul macam ni...
No comments:
Post a Comment