Digital clock

Friday, January 11, 2013

KuLiT CemPedaK GoReNg

Sape pernah makan kulit cempedak goreng?
Kalau belum.. atau belum tahu... Meh aku tolong kenalkan...
Aku tak pasti, makanan ni berasal dari mana...

Ada yang kata orang Banjar... 

Bukan sebab aku orang Banjar aku cakap camtu...
Tak kesahlah dia asal kat mana, yang penting makanan tu tersenarai dalam faberet aku...

Tak susah pun nak buat, cuma aku tak rajin ja nak mengopak kulit nyer tu...

Makanan ni keluarga aku panggil "Papai"... 

Sebab apa? Entah.. tak sempat tanya mak aku...

Kalau ada papai ni, sepinggan nasi mesti tak cukup... (aku la tu)

Camne nak masak?

Mula-mula.. Kulit cempedak yang dah diambil isi tu jangan dibuang,

Buang kulit luar nyer dan rebus untuk lembutkan dan hilangkan apa-apa yang tak patut

Lepas tu tos kan hingga kering airnya dan diperam bersama garam dan air sehingga 

menutup kulit cempedak tersebut. Simpan elok-elok dalam peti es.

(Macam buat pekasam tuuu..)

Ikutlah suka hati nak peram sampai bila...

Kalau jenis tak sabar macam aku ni, hari ni peram, malam nanti aku dah masak...

Peram tu bukan apa, saje nak bagi garam tu meresap dan tahan lama juga...

Barulah makan rasa nak menendang-nendang kaki orang...


Bagi yang mengamalkan pemakanan sihat, makanan ini amat tidak sesuai untuk anda.

Tapi kalau nak cuba.. tak salah.. Janji, lepas makan terus lari 2 km.

Yang semberono macam aku ni, memang tak ambek kesah... huhu


Seperti tidak menarik kan???

Untuk menampakkan dia lebih ayu...

 Goreng la bawang dan cili padi potong dan taburkan di atasnya...

Bak kata Jambu dalam Maharaja Lawak 2 Siri 5 :

"Amboi sedapppnyaaa...."


Ayu Tak? Ayu Tak?

Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment