Digital clock

Tuesday, March 11, 2014

CERITA PINDAH RUMAH

Pindah rumah adalah perkara yang paling saya suka walaupun memenatkan. Pindah rumah kali ini merupakan kali yang ke 3 sepanjang 5 tahun perkahwinan saya.
 
Nak tahu kenapa saya suka pindah rumah???

Sebabnya, ia adalah waktu terbaik untuk saya mengemas barang-barang yang perlu dan tidak perlu secara keseluruhan. Bukan selalu nak dapat mood macam ni, masa-masa tertentu sahaja. Bila ada peluang macam ni, perasaannya sangat-sangat teruja. Lebih-lebih lagi kerana inilah masanya untuk saya nak dapat perabot baru. Hehehe...
 
Pemilihan rumah sewa kali ni, saya yang cari sendiri. Suami kata biar mama puas hati, nanti abang cari mama asyik complain saje (Ha... kan dah kena sound). Hampir 3 hari saya jalan-jalan keliling kawasan cari rumah yang sesuai. Selepas buat lawatan tapak, baru saya cari dalam laman web mudah.my. Alhamdulillah, saya bertemu dengan tuan rumah yang sangat prihatin.
 
Jom cuci mata dengan gambar-gambar yang sempat saya tangkap untuk entry kali ni...
 
 
Bahagian paling kritikal adalah semasa pemindahan 2 gajah saya ni... Kekuatan antara 5-6 orang lelaki sasa diperlukan.
 

 

 
 
Hanya ini sahaja barang yang ada. Nampak tak banyak kan?
Sebabnya kebanyakkan barang macam sofa, meja makan & peti ais
saya dah hantar ke Homestay Wawasan (klik untuk keterangan lanjut)
 Jadi, kami di sini hanya makan bersila sahaja. Hahaha...
(Nampak tak cara-cara yang halus untuk masuk perabot baru)
 
 
 
Bahagian yang paling saya suka ialah membuang barang-barang mainan Muhammad yang dah tak berguna ni. Barang mainan Muhammad saja ada 3 plastic hitam yang besar. Bila dah longgok dan asingkan mainan yang ok dan tidak....


Hasilnya... Tinggal 2 kotak ni jelah.
 

 
Yang lain... saya buang.


 Ini adalah antara hadiah perkahwinan kami yang saya tak pernah buka lagi. Terima kasih kepada yang memberi. Saya baru nak rasmikan. Berhabuk-habuk lagi kotaknya.



Disebabkan rumah ni tiada tanah untuk bercucuk tanam, saya terpaksa membeli pasu untuk tanam pokok-pokok yang penting sahaja.


Seminggu sebelum pindah, suami tukar 4 tayar kereta saya.
 Hasilnya... jadi pasu untuk serai & kunyit hidup saya. 
 
Bila suami balik kerja nampak tayar dah jadi pasu...
 "Mama... tayar tu abang nak jual tau, masih cantik lagi"...
hahaha... Manalah saya tahu tayar tu boleh pakai lagi.
Ingat letak kat tepi dah tak pakai.
 





Ini saja yang sempat saya tangkap untuk tatapan kalian semua.

No comments:

Post a Comment