Thursday, June 20, 2013

Bercuti di Pulau Langkawi

Tercapai juga hajat saya nak bercuti dengan keluarga kecil saya ni. Percutian kali ni kami tak rancang pun. Last minute buat keputusan nak berjalan, jadi saya capai  semua baju ke dalam beg untuk perjalanan selama 14 hari. Kalau dah namanya cuti mestilah masukkan agenda menziarah keluarga juga, bukan selalu dapat balik kampung satu family macam ni. Jadi pemilihan tempat kali ini adalah di sepanjang perjalanan kami menuju ke kampung saya ke kampung suami. 

Sehari sebelum perjalanan saya baru nak packing baju & barang-barang yang nak dibawa. Baby besar saya nak duduk dalam beg sebab dia penat nak jalan nanti katanya.


Jom, cuci mata dengan gambar-gambar yang saya snap untuk cuti kali ini. 

BATU FERINGGI, PULAU PINANG.

Hari pertama percutian, kami singgah di Batu Feringgi Pulau Pinang dan menginap di Hotel Shangri La - Rasa Sayang Resort & Spa. 





Dapat bilik yang menghadap kolam renang. Rasa nak terjun jer dari bilik. 




Muhammad tentu-tentu la tak sabar nak mandi. 
Diseretnyer abah sampai ke depan kolam tu.


Tapi dia tu bukan pandai berenang pun. 
Dapat duduk tepi kolam pun dah teruja rasanya.


Excited sangat sampai cedera jari kaki.


Dah tak nak jalan, dia mintak dukung la pulak.


Bos kecik duduk ya... Tengok saje orang jalan-jalan kat pantai tu.


Ohh... nak juga buat istana pasir walaupun jari kaki cedera tu.


 Sampai matahari nak terbenam baru balik. 
Esoknya jam 1 tengahari kami dah check out. 

FERI, PULAU PINANG

Kalau sudah ke Penang ni, tak lengkap rasanya kalau tak naik Feri nyer yang menjadi mercu tanda kebanggaan Negeri Pulau Pinang. Perjalanan dari Pulau ke tanah besar PERCUMA saje. Tapi kali ini, kami telah membayar harga yang sangat mahal untuk menaiki Feri Pulau Pinang. Nak tahu kenapa?




Sebab nyer...
Bateri kereta kami kong sebaik saja enjin kereta dimatikan.
 Jadi... kami terpaksa la membeli  bateri kereta yang berharga RM 300. 


Hanya kami yang tinggal di atas feri tu...


Ada juga insan yang baik nak membantu, tapi tidak berjaya. Terpaksalah staff feri Pulau Pinang beramai-ramai menolak kereta kami naik ke atas jeti. Disebabkan kami, penumpang dari tanah besar nak ke pulau terpaksa menunggu hampir setengah jam. Sementara menunggu bateri kereta sampai, kami duduk saje menghirup angin petang sambil makan apa saja yang ada dalam kereta tu.

ALOR SETAR, KEDAH.

Lepas pasang beteri kereta, kami meneruskan perjalanan ke Alor Setar iaitu kampung halaman suami. Bila dah sampai ke Alor Setar ni, dah menjadi kewajipan suami saya nak makan Mee Abu kegemaran nyer.




Muhammad baru beli baju renang. 
Excited sangat dia dengan baju tu sampai nak gi makan Mee Abu pun pakai baju tu. 

PULAU LANGKAWI, KEDAH


Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi dengan menaiki Feri sahaja yang berharga RM 28 untuk orang dewasa. Jarak antara jeti Kuala Kedah dengan rumah keluarga mertua hanya 20 minit perjalanan kereta. 


Percutian ke Pulau Langkawi Ini merupakan kali ke-3 bagi saya. Sebelum ini, saya datang membawa mak dan abah  bercuti dengan gaji pertama saya. Kali kedua bersama keluarga mertua. Jadi, untuk percutian kali ini saya akan memfokuskan tempat-tempat yang belum pernah saya pergi sahaja. Tapi ada juga kami ke tempat-tempat yang dah pergi sebab nak habiskan hari-hari cuti yang ada. 

Di Langkawi kami menginap di Hotel Holiday Villa yang terletak di Pantai Cenang selama 6 Hari 5 Malam. Kat Pantai Cenang ni malam nyer meriah berbanding di Kuah.



Pemandangan pantai kat kawasan Holiday Villa ni memang cantik sangat. Tak rugi kalau nak berehat kat tepi laut macam ni.







Bagi makan kat Burung Helang



 Jalan-Jalan naik Bot ke Pulau-Pulau yang cantik di sekitar Pulau Langkawi.



Nampak tak gunung tu macam orang yang tengah mengandung sedang baring.


Jalan masuk nak menuju ke Tasik Dayang Bunting.


Nak menuju ke Tasik Dayang Bunting ni jalan nyer sangat lah thriller... 
Curam sangat jalan nyer. Mengah akak... 10 minit pun terasa macam 30 minit.


Budak kecil ni biasalah, jalan bukit pun dia rasa macam jalan rata. Nak berlari saje.



Bila dah nampak tasik tu, rasa hilang la sikit penat tu...


Masa saya datang tu, orang dah tak de sangat. 
Jadi cuci-cuci mata sajelah. Nak mandi takot.



 Teringin nak buat aktiviti ni, tapi orang tak ramai. 
Rasa tak best la pulak kayuh sorang-sorang.


Sehari di Coral Island - Pulau Payar ... Snorkeling la konon...
 Dari jam 11 pg hingga 3 ptg.




 Dapat bagi makan ikan...



Nampak tak Ikan Dugong tengah berenang... hehe


Nampak tak baby shark.Baby jelah... kalau mak abah dia, sumpah tak nak mandi sini.


Masa malam minggu kat Hotel Holiday Villa ni ada makan BBQ kat tepi pantai. 
Memang best giler dapat makan kambing bakar sampai 10 ketul. 
Naseb baik suami merayu suruh berenti, kalau tak, 
memang makan kambing tak hengat dunia.





Ada Tarian dan Nyanyian Kebudayaan dari warga hotel sendiri.





Makan puas-puas malam tu sampai jam 11 malam.



 Rendam kaki kat Kolam Air Hangat.




Tidak ketinggalan untuk menyepaaa kan diri lepas penat berjalan ke sana sini.





 Hujan dihari kami ingin meninggalkan Pulau Langkawi.


Di penghujung cuti, kami singgah ke kampung saya di Sg. Besar selama 2 malam 
sebelum balik ke rumah kami.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Pn.Suhaiza...

    Maaf ganggu masa Pn.Suhaiza semua. Saya, Nurul Akhmal, pelajar PHD hanya nak minta untuk bantu saya kumpul maklumat / data yang saya perlukan dari Pn.Suhaiza. Mohon sangat-sangat bantu saya.

    Saya perlukan data / maklumat ini untuk peringkat analisis data.

    Survey ini untuk Pn.Suhaiza yang dah pernah melawat Cameron Highlands atau Langkawi atau kedua-duanya sekali.
    Survey ini mengambil masa 5-10 minit untuk diselesaikan (bergantung)

    Untuk pertama kali jawab survey ini, Pn.Suhaiza boleh jawab soalan-soalan seperti biasa, tetapi jika Pn.Suhaiza ingin jawab untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya UNTUK TAMBAHKAN MAKLUMAT survey, boleh ikut step yang dah disediakan dalam survey ini (juga dikenali sebagai pengguna kedua "Second User")

    Kalau ada yang tak faham, boleh terus mesej kat sini yer
    Really need all your help..

    Link survey KLIK URL SINI: https://www.surveymonkey.com/s/5Y8Z5FM

    PM saya untuk sebarang permasalahan

    Inshaallah, saya akan bagi hadiah misteri untuk peserta yang bertuah dan terima kasih atas penyertaan semua. Semoga Allah s.w.t membalas jasa Pn.Suhaiza
    *Mohon sebarkan kepada kawan-kawan yang lain juga

    *saya dapat info blog/fb dari carian Mr.Google :)

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  3. Salam dr saya.dkt mner homsty murah and dkt nk jln2 kd langkwi,bab saya bwk keluarga besa dlm 15 org,tlg bgi bntu,

    ReplyDelete