Thursday, March 14, 2013

Bila Pencuri Buat Kerja Pecah Kereta

Ni story 3 minggu lepas. Baru aku nak tulis...

Kes pecah cermin kereta selalu terjadi masa orang ramai tengah sibuk berkumpul. 
Entah kenapa hari tu, naseb tak menyebelahi aku. 
Memang terkejut biawak + buaya, bila nak masuk dalam kereta
 tengok kaca bertaburan kat kerusi belakang sampai ke dashboard depan. 



Sampai hari aku menulis cerita ni, aku masih tak dapat naik kereta ni lagi
 walaupun dah Polish + vacuum dah 3 kali.
 Sementara ni aku dan en. suami bertukar kereta. 

Nak tahu sebab apa?

Sebabnya... picisan-picisan kaca yang pecah bertaburan tu masih melekat dalam kereta tu. Suami aku kata rasa gatal-gatal duduk dalam tu, lebih-lebih lagi masa panas terik. 
Sebab tu juga, suami tak bagi aku naik kereta tu. Badan dan kulit muka dia merah-merah macam elergi sepanjang dia bawak kereta tu.

Naseb baik kerugian yang aku tanggung boleh baiki kat kedai sendiri,
 kalau tidak??? Claim insurance la jawabnye... 



Selain aku kehilangan i-pad, barang lain yang disapu pencuri adalah
 beg pakaian Muhammad dan Telekung Baru 
(Hadiah dari warga SNPT, BPSM,NRE)
Sedih giler aku... First time aku nak pakai telekung yang diorang hadiahkan tu. Tak de rezeki betul...

Tak lupa juga dengam bumper belakang yang diorang langgar. 
Konon-kononnya tu langgar belakang kereta aku tu nak berlakon la 
supaya orang tak syak diorang tu nak mencuri. Sebenarnya taktik diorang nak berkumpul nak pecahkan cermin tu - Cerita macamlah aku ada kat tempat kejadian =)...

Dalam keadaan ni, aku masih bersyukur sebab aku cuma hilang barang-barang tu saje,
Kalau tetiba aku datang kereta yang hilang, tak dapat nak bayang aku jadi apa... Raksakse kot... 

Jadi, selepas ini aku akan lebih berhati-hati dan 
kepada anda diluar sana, ikutlah tips aku yang dah berpengalaman
 dalam kes kecurian barang dalam kereta ni :


1. Jangan tinggalkan apa-apa barang yang boleh menarik minat pencuri untuk mengambil barang yang ada di dalam kereta sama ada barang tu murah atau mahal.

2. Masukkan dalam bonet kereta atau kendong sendiri barang atau beg yang tidak mempunyai kepentingan untuk dibawa bersama.

3. Letak kereta di kawasan yang boleh dilihat oleh orang ramai / bawah lampu (jika malam). - (Hari tu pun aku letak kat tepi jalan, tempat orang lalu lalang... pun jadi tarikan pencuri juga - Dah naseb).

4. Pasangkan ciri-ciri keselamatan pada kenderaan - Masa ni la nak promote kedai ;)... 
  • Security Tinted ketebalan 4 Mil = RM 699 / 8 Mil = RM 1200 
  • Car Alarm System - GPS 


Okey... sampai sini saje. Berhati-hati dan jangan lupa ambil langkah-langkah keselamatan.
Mencegah tu kan lebih baik dari mengubati.