Digital clock

Tuesday, November 19, 2013

BFF DI BUMI WAQAFAN

Zaman remaja tahun 2002-2003 di Bumi Waqafan meninggalkan kenangan yang saat indah buat saya. Rakan-rakan asrama yang rata-ratanya sama kelas dan umur tinggal di dalam satu dorm yang sama telah menjadikan hubungan kami semua sangat akrab.
 
Banyak kenangan indah kami bersama. Makan bersama, mandi bersama, gotong royong bersama, sembahyang bersama, mengaji bersama ... membuat onarrr??? mungkin saya dan segelintir saje... kerana mereka semua baik-baik belaka.
 
Sehari saya tak mengacau orang memang tidak lengkap rasanya dalam hidup saya. Orang yang menjadi target saya adalah Intan yang berasal dari Kedah dan sering bercakap loghat Kedah-Siam. Saya selalu mengajuk kata-kata Intan. Bagi saya kata-katanya yang keluar dari mulutnya membuatkan saya nak tergelak sahaja. Sampai satu masa, Intan berkata pada saya :-
 
"Sue... satu hari nanti, ko akan kawen dengan orang Kedah yang cakap macam aku"...
 
Itulah sumpahan Intan kepada saya.
 
Gara-gara sumpahan Intan, saya telah berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Kedah yang mempunyai loghat yang sama seperti Intan...(Pengajaran : JANGAN SUKA EJEK ORANG, NANTI TERBALIK PADA KITA)
 
Fatihah, sahabat kecil molek yang selalu baring di belakang saya selepas balik sekolah. Dia kata saya tilam dia. Rutin hariannya setiap malam adalah meletakkan bedak sejuk + asam jawa ke mukanya. Katanya untuk elak jerawat.
 
Jihan dan Hidayah mempunyai Walkman yang saya selalu pinjam setiap malam selepas mereka tidur untuk dengar lagu-lagu di IKIM.FM.
 
Solehah, Eja & Izan... rakan study saya tengah malam dan rakan saya untuk membuat onar juga kadangkala.
 
Liana, Maisarah dan Atikah orangnya kelihatan serius tetapi masih kelakar juga orangnya.
 
Keme... gadis kecil molek yang comel yang mempunyai sleng banjar yang tidak dapat dipisahkan.
 
Kak Gee, satu-satunya kakak (lebih tua) dalam dorm kami yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
 
Satu sahabat saya yang tinggal di dorm yang lain tetapi sering menginap di dorm kami ialah Didy. Dia sudah sebati dalam dorm kami. Orangnya sangat ceria dan paling kelakar. Dia ibarat penyeri kepada kepada dorm kami.
 
 
Atas - Didy, Eja, Sue, Jihan, Eka, Intan, Maisarah, Izan-
Bawah - Dayah, Kak Gee, Sol, Teha, Liana, Keme-
 




 
Dan ini...
Adalah Rakan Kelas Saya
 
 


No comments:

Post a Comment