Digital clock

Wednesday, October 23, 2013

KENDURI & RAYA KORBAN 2013

Dah seminggu raya haji berlalu saya baru nak berkongsi cerita raya saya. Bagi saya, raya haji tahun ni agak muram suasananya. Ramai keluarga saya tidak pulang ke kampong disebabkan cuti raya haji hanya 1 hari (Selangor & lain-lain tempat yang sama) Kakak-kakak sibuk siapkan bekalan makanan untuk anak-anak pulang ke asrama pada hari yang sama. Agak kelam kabut rasanya... Pagi sibuk sembelih korban, petang hantar anak-anak ke asrama.
 
Sebelum raya Haji, mak buat kenduri kesyukuran & arwah abah mak (Datuk) hari Sabtu, makan tengahari. Jadi taklah kempunan nak jumpa mereka sebab semua dah balik kampong sebelum tu. Sebenarnya dah hampir 4 tahun lebih kami dah tak kenduri di rumah ni iaitu selepas saya berkahwin. Kalau nak buat kenduri pun, mak hanya masak sendiri atau tempah makanan untuk dihantar ke masjid sahaja. Dah lama kami tak rasa kemeriahan kenduri di rumah ni.
 
 
 
Kudapan kuih muih sementara menunggu tetamu lain sampai..
 
Longgokan kasut-kasut keluarga Halidi. Malas nak susun dah, pandai-pandai la diorang cari nanti.
Malam sebelum kenduri, kakak buat class membuat karipap dan agar-agar oreo untuk kudapan kenduri esok. Kami anak-anak dan cucu halidi berpeluang belajar membuat kuih karipap yang bermacam versi... ada yang kembong, ada yang bantot, ada yang panjang... ada yang ketumbuhan... macam-macam pesen ada. Tapi... semuanya sedaaappp...
 
Karipap buatan Suhaila

Karipap buatan Nadia

Karipap buatan Khairul - From Bangladesh

Karipap buatan Kak Ana

Karipap buatan Muhammad... Anak Mama pun nak belajar juga...
Hampir semua makanan utama kenduri hari tu saya yang masak dengan bantuan kakak dan abang ipar. Macam tak percaya saje saya masak untuk sekampung dengan hanya menggunakan kayu api disebabkan abah salah beli kepala gas. Kalau tak guna kayu api, alamat tak sempat orang kampong makan kenduri pada masa yang ditetapkan.
 
 
Berbalik kepada cerita raya korban saya tadi, mak dapat habuan daging, ekor dan kaki lembu. Mak memang pakar menguruskan kaki lembu. Kalau orang yang tak pandai buat mahu saja dibuang ke dalam parit. Hari tu, saya dan Muhammad lah yang teman mak menyiat ekor dan kaki lembu tu sampai jam 2 pagi. Sampai saya bawak tilam ke dapur semata-mata nak temankan mak. Nak tolong mak tak bagi, jadi saya tolong tengok saja.




 




 
 Hasilnya... kaki dan ekor lembu (korban daripada Khairul) yang
sudah siap disiat dan dipotong untuk buat sup esok...
 
 

No comments:

Post a Comment