Digital clock

Monday, September 2, 2013

TRAUMA KEBAKARAN

- Gambar Carian Google -


Pada 25/08/2013 saya hampir diuji dengan malapetaka kebakaran. Sungguh, saya bersyukur kerana Allah memberi saya peluang menikmati kehidupan seperti biasa tanpa mengambil atau memusnahkan sedikitpun harta benda yang telah dipinjamkan kepada saya ketika ini. Peringatan ini cukup bermakna kepada saya. Saya kira, mereka yang telah mengalami musibah kebakaran, pasti berlebih-lebih traumanya daripada yang saya alami.
 
Hingga saat ini, jika saya terbayangkan keadaan itu ianya mampu membuatkan saya tidak dapat tidur malam... Persoalan yang sering menjelma dalam fikiran saya seperti ... "Kalau aku lambat sikit saja, habis rumah ni". "Bagaimana Muhammad yang ketika itu sedang tidur lena", pasti dia terkejut dengan letupan dari tong gas"... Sungguh... saya sangat-sangat takut bila fikirkan keadaan itu. Bila bercerita pun saya terasa menggeletar seluruh badan.
 
Pada pagi tu, suami meminta saya menggorengkan cempedak. Seperti biasa saya memasak seperti biasa. Selepas menutup api dapur, saya naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Tidak seperti sebelum ini, masa mandi saya tidak se lama pada hari itu.
 
Apabila saya membuka pintu bilik air, saya melihat ruang bilik (yang tertutup) telah diselubungi dengan asap. Ketika itu Muhammad masih nyenyak tidur dan suami sedang khusyuk bermain game puzzle sambil makan cempedak goring (Memang khusyuk sangat sampai tak tengok-tengok ruang bilik yang telah diselubungi asap itu...)
 
Tanpa fikir panjang, saya berlari sepantas yang mungkin turun ke bawah. Ruang tangga dan bawah rumah sudah tidak nampak jelas lagi. Jelas dimata saya api telah berada di atas kuali membakar sudip dan penapis minyak (besi). Tanpa fikir panjang, dalam kesamaran saya tutup api dapur dan ambil kuali lain untuk tolak sejauh mungkin kuali dan minyak yang telah terbakar hangus. Hampir 5 petak lantai mozek menjadi hitam kerana curahan minyak yang telah hangus. Syukur Ya Allah... tiada kemalangan nyawa dan harta benda berlaku.
 
Ketika kebakaran berlaku, jiran di belakang dan tepi ada menjerit memanggil kami. Tetapi disebabkan kami berada dia tingkat atas di bahagian depan, kami tidak mampu mendengar jeritan mereka di tingkat bawah bahagian belakang. Hanya Allah menggerakkan hati saya untuk cepat selesai membersihkan diri. (Rasanya saya telah menjadi glamor di taman itu pada hari tersebut - Malu sungguhhhhh).

- Gambar Carian Google -
Bila berlaku kejadian itu, tentulah saya kena marah dengan suami. Takpelah... saya terima salah saya. Kenapa suami saya marah???
 
Mulanya, suami marahkan saya kerana ingat saya masak dan tinggalkan naik ke atas untuk mandi, kerana katanya saya selalu begitu (Memang pun... Tak dinafikan).
 
Sebenarnya kejadiaan hari tu adalah disebabkan saya tidak habis menutup api dapur gas.
 
Disebabkan dapur gas 'antik' saya tu lah yang menyebabkan suami saya marah. Dah lama suami suruh saya beli dapur gas yang baru. Saya buat tak tahu saja. Saya kata masih boleh pakai, buat apa membazir. Saya ni memang kedekut orangnya, bukan kedekut taik idung masin tu... Maksud saya, "kalau baju tu masih boleh dipakai walaupun ada konyak sikit, pakai sajelah" - Lebih kurang begitulah tahap kedekut saya.
 
Nak tahu dapur gas saya tu macamana? Inilah dia...


 
Sape punya kerja??? Ini semua... Muhammad yang patahkan... Jadi, kalau nak buka gas ni, kena guna la sudu ka, pisau ka, garfu ka... apa sajelah yang boleh masuk celah tu.
 
Bila dah tak de kepala tu agak keras sedikit nak tolak habis. Kadang-kadang kena tengok betul-betul api dah padam ka belum.
 
Eerrmmm... Memang salah saya la kan. Sepatutnya saya tak berkompromi dalam soal yang melibatkan keselamatan...
 
Selain tu, kat rumah saya suami memang ada sediakan Pemadam Api, tapi... malangnya saya letak kat stor bawah tangga. Time terdesak macam tu, memang tak ingat langsung la nak pergi stor. Sebab tu dia bertambah marah... Hehe.
 
Kesimpulannya, kepada anda diluar sana, kalau ada dapur gas antik macam saya tu, pergilah ganti ya. Keselamatan nyawa dan harta benda diutamakan. Minimakan risiko untuk berlaku MALAPETAKA yang kita sendiri boleh elakkan.

Rentung kuali & sudip pemberian abah

 
"JANGAN KEDEKUT TAK BERTEMPAT"

No comments:

Post a Comment