Digital clock

Thursday, August 29, 2013

DIARI RAYA TAHUN 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
 
Dah lama sangat tak update blog ni, naseb baik masih ingat password. Musim raya tadi ramai yang update gambar raya. Sakan gitu ya. Posink sana Posink sini. Atas pokok kelapa, bawah jambatan, celah batu, atas motor, semua tunjukkan baju raya dan keriangan menyambut bersama keluarga dan rakan-rakan. Bila tengok gambar raya ni, saya cuma nak tengok baju raya nyer saje. Lain tahun kalau berkenan boleh buat baju or cari baju color macam tu. Sedondon gitu. Sebelum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata saya yang mengguris hati.
 
Sekarang, saya nak cerita kisah-kisah yang berlaku disepanjang kesibukan menjelang Hari Raya, semasa dan selepas Hari Raya Aidilfitri Tahun 2013.
 
 
Kredit gambar dari mforum.2.cari
 
DIARI RAYA 2013
 


 
KEMAS RUMAH MAK
Dah nama pun raya kan?... Jadi kena la mengemas rumah untuk keselesaan tetamu yang datang. Nak kemas rumah sendiri tak de mood sebab bukan rumah sendiri. Kalau dah duduk rumah sendiri barulah bercabang-cabang idea nak deco. Tahun ni, giliran beraya di kampong suami. Jadi, apa yang saya dapat lakukan hanyalah membantu mak mengemas rumah. Alhamdulillah, rumah mak dapat disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya walaupun terdapat dugaan ketika menyempurnakan rumah ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini.
 
TIDAK ADA TOTO DAN CARPET
Excited sangat saya mengemas rumah mak tahun ni sampai semua toto (tilam) rumah mak saya hantar dobi dan semua karpet saya buang. Sepanjang ingatan saya, toto tu memang tak pernah di basuh atau mungkin hanya dijemur saje. Karpet pulak jangan katalah, usianya mungkin sama dengan anak-anak buah saya yang sudah tamat sekolah agaknya. Walaupun jarang dipakai, tetapi habuk yang terperangkap dalam karpet tu mampu buat saya bersin berkali-kali. Kalau nak ikutkan hati, saya nak bakar saje. Tapi bila ingatkan jerebu tak jadi pulak, sudahnya saya hamparkan atas tanah sebagai karpet merah. Sebagai ganti saya dan kakak berkongsi duit membeli 6 tikar buluh untuk rumah mak.
 
Cerita pasal toto yang kelakarnya kedai dobi yang saya hantar tu tidak sempat cuci walaupun dah janji sebelum raya akan siap. Akhirnya, keluarga yang balik di kampong terpaksa berkongsi toto dan bawak toto masing-masing.
 
GILIRAN BERAYA KE KAMPUNG SUAMI
Bila dah berumahtangga ni kena la bertolak ansur. Jangan tiap tahun nak beraya di kampong kita saje. Macam saya dan suami, sejak awal perkahwinan lagi kami dah sepakat menyambut hari raya secara bergilir-gilir. Kalau tahun ni rumah suami, tahun depan rumah saya pulak. Sebenarnya, bagi diri saya yang paling penting adalah pada hari raya pertama. Masa tu lah kita nak berkumpul ahli keluarga bermaaf-maafan. Nak cium tangan mak dan abah. Hari raya kedua dan seterusnya sama macam hari yang lain. Nak jalan kemana pergilah.
 
Sedih hati saya bila terpaksa tinggalkan mak dan abah sehari sebelum menyambut raya. Mak dan abah melambai kepada saya ketika kami bergerak meninggalkan rumah. Hanya bermaafan diluar rumah sahaja dan itu pun sebelum syawal menjelma. Semoga panjang umur mak dan abah, tahun depan Insya-Allah kita akan menyambut raya bersama.

 
GAMBAR RAYA V/S MAKAN
Raya tahun ni, saya tak sempat pun tangkap gambar. Rasanya tak ada satu pun gambar raya keluarga saya tahun ni. Bukan apa, sebenarnya saya sibuk makan juadah raya. Di  kampung suami juadah raya nyer tidak sama dengan kampong saya. Pendek kata, setiap rumah ada makanan yang berbeza contohnya, bihun sup, mee kari, mee rebus, nasi tomato dan macam-macam lagi. Lemang dan ketupat daun palas (pulut lemak yang dikukus) menjadi makanan wajib di setiap rumah. Jarang nak jumpa rumah yang buat ketupat nasi. Menariknya, ketupat daun palas di sana ada macam-macam versi ada pulut kukus biasa (putih), ada pulut hitam, ada yang dimasukkan kacang, ada yang dimasukkan pisang. Sungguh kreatif.

DITINGGALKAN KAPAL TERBANG
Selain sibuk makan, saya kena jaga anak yang satu tu "Muhammad Amirul Mukmin". Anak satu je pun, tapi... dia tu macam ada 3. Tak boleh duduk diam. Raya tahun ni, pembantu rumah saya beraya bersama keluarganya di kampong selama 25 hari. Jadi, selama itulah saya telah menjadi suri rumah sepenuh masa sampai tak tengok langsung blog ni.
 
Cerita pasal pembantu rumah, ada perkara yang sangat menguji kesabaran saya... Nak tahu apa? Cuba anda bayangkan...  Saya dah beli tiket penerbangan untuk pergi dan balik semasa promosi dengan harga RM 370 dan membuat Boarding Pass. Pagi 2/8/13, lepas suami hantar ke airport jam 6 pagi, jam 10 pembantu rumah saya ada di rumah. Katanya, dia tak dibenarkan masuk walaupun sudah ada Boarding Pass (Baki masa sebelum penerbangan adalah 1 Jam 15 Minit - lebih kurang) atas sebab kelewatan. Lepas tu, suami  beli semula tiket pergi dan balik  dengan harga RM 900++ dan diberi diskaun sebab masalah tadi. Jadi suami hanya bayar RM 700++. Rugi duit RM 370. Maka berangkatlah dia balik. Tak habis disitu... sepatutnya pembantu rumah saya balik pada 25/08/13, suami sudah bersiap nak ambil di airport, tiba-tiba dapat panggilan yang mengatakan dia terlepas kapal lagi. Mahu tak hangin saya... Bertambah kerugian saya. Tapi apa pun, saya tetap nak puji yang pembantu rumah saya memang terbaik dalam menjaga rumah dan anak saya.
 
KEBAKARAN KECIL
Paling kecut perut saya apabila berlaku malapetaka yang sangat-sangat membuatkan saya trauma hingga sekarang. Berlaku pada hari yang sama sepatutnya pembantu rumah saya pulang ke Malaysia 25/08/2013. Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Walaupun hanya kebakaran kecil tetapi sebenarnya jika saya terlewat 2-3 minit lagi pasti rumah yang saya duduki sekarang sudah hangus terbakar. Pengajaran buat saya... Nanti saya akan ceritakan lebih detail apa yang berlaku pada hari kejadian untuk pengajaran bersama.
 
PEMBEDAHAN ABANG KANDUNG
Minggu ini, abang kandung saya akan menjalani pembedahan di Hospital Serdang atas masalah kesihatan Parathyroid. Selain dari masalah kesihatan tu, abang juga mengidap sakit Buah Pinggang yang kritikal dan terpaksa menjalani dialysis 3 kali seminggu. Sebagai adik dan seluruh keluarga tentunya sedih bila mengenangkan keadaan kesihatan dia. Perubahan ketara yang kami sekeluarga tidak dapat lihat lagi sehingga kini adalah senyuman dan gelak ketawa dia yang pernah kami kongsi bersama suatu ketika dulu. Semuanya telah hilang atau sebenarnya saya sendiri kurang ambil berat terhadap dirinya. Antara saya dan dia ada rahsia. Saya rasa, abang sendiri tidak ingat lagi kisah itu. Hakikatnya... Kehidupan saya kini diselamatkan oleh DIA. Tanpa dia, saya mungkin tidak ada didunia ini.
 
Tanggal 31 Ogos 2013 nanti, masyarakat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan. Tetapi pada hari itu nanti saya ingin menemani dia menjalani pembedahan. Kepada sesiapa yang membaca cerita ini. Mohon doakan bersama kesejahteraan abang saya Shazman Bin Halidi selamat sejahtera sentiasa. Amin...
 
Ini sahaja kisah Diari Raya saya.
 
 
 

No comments:

Post a Comment