Digital clock

Friday, July 12, 2013

Mata Saya Ketumbit


-Gambar ini dari carian Google-
Malu rasanya nak cerita yang mata saya ketumbit. Bukan apa, orang selalu kaitkan yang mata ketumbit ni dengan tabiat yang buruk "mengintai" katanya. Tapi, nak tak nak saya nak cerita juga. Sebagai permulaan saya ingin tegaskan di sini yang ketumbit itu tiada kena mengena dengan 'mengintai' ya. Sempat saya google blog selangor2u.com yang menerangkan terjadinya ketumbit. Menurut catatan penulis, ketumbit sebenarnya sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Selalunya bakteria ini membiak di akar bulu mata yang sehingga menyebabkan kebengkakan. Faktor-faktor yang menyebabkan radang ketumbit ini adalah disebabkan :
  • Tekanan.
  • Pertukaran hormon.
  • Menggunakan peralatan solek untuk satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria .
  • Diabetis.
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan.
  • Kekurangan vitamin dalam badan.
Cara merawat ketumbit ini ada 3 cara. Pertama menggunakan antibiotic untuk merawat jangkitan kuman. Kedua, melalui pembedahan kecil dan ketiga menuam dengan air suam.

Untuk makluman semua, masalah ketumbit yang saya alami perlu dirawat dengan kaedah pembedahan kecil. Disebabkan saya tidak ambil perhatian semasa permulaan pertumbuhannya telah menyebabkan ia semakin mengeras. Seingat saya hampir 4 bulan keadaan ini berlarutan. Sebenarnya selama ketumbit ini ada di mata saya, saya memang tidak selesa. Tetapi disebabkan saya buat-buat sibuk dengan urusan dunia, saya abaikan saja perasaan tu. Tambahan lagi saya takot nak buat pembedahan tu. Kadang-kadang bila berjumpa orang, saya akan terlebih dahulu memaklumkan yang mata saya ketumbit, bukan apa takot orang tak selesa dengan keadaan mata saya. 

Akhirnya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa, saya bertekad untuk menjalani pembedahan kecil tersebut di Klinik Pakar, Hospital Putrajaya. Maklumlah, nak raya nanti tak kan nak ada benjolan kat mata kan. 



Saat-saat yang mendebarkan ketika menunggu di Bilik Prosedur. 
Sempat telefon mak supaya doakan saya selamat. 


Pembedahan ini dijalankan di sebelah dalam kelopak mata.
Masa pembedahan tu rasanya macam semut api gigit-gigit kulit mata saya. 
Selepas 15 minit hasilnyer ... 




6 Jam lepas pembedahan, baru boleh buka balutan mata.


Makan ubat ikut masa, tetapi sebab puasa saya ambil 2 kali saja.

Lepas buat pembedahan kecil untuk ketumbit saya ni, 
saya berikrar tak nak biarkan ianya terjadi lagi... Sakit tau.

5 comments:

  1. Salam kak..nak tnya...saya pon kena ketumbit jgak..dah hmpir 4 blan..huhu..dia xnak surut bengkak tu..dah jdi biji keras..huhu..g cek dr dia sruh jmpa pakar..tp sya mcm kak jgakk..sibuk urusan dunia..haha..so smpai skrg xpegi..xde ke cara lain kak..takot lak nak g jmpa dr..tgk kak buat pembedahan tu..lg takot..mentah2 erkk..huhu..nak tnya if wat kat klinik brapa kos kak?

    ReplyDelete
  2. Betul.. saya pon dah dekat 5bulan dah jadi mcm ni. nak buat operation tapi tak tahu mana nak start. berapa kos buat operation kat hospital ni?

    ReplyDelete
  3. nak tanya berapa kos kat hospital putrajaya yer

    ReplyDelete
  4. Rasa sakit sangat tak sis?kena bagi bius juga kan?

    ReplyDelete
  5. Rasa sakit sangat tak sis?kena bagi bius juga kan?

    ReplyDelete