Digital clock

Saturday, June 22, 2013

NaK TransForm DiRi


Siapa la yang tak nak cantik... kan? Rasanya semua orang nak kelihatan cantik. Yang dah dianugerahkan kecantikan tu banyak-banyakkanlah ucapkan syukur pada Allah. Jangan pulak digunakan kecantikan tu untuk melakukan perkara yang Allah larang. 

Oklah, kepada yang memang kenal saya, saya memang memiliki kulit putih kecoklatan.  Maknanya taklah putih sangat. Putih tak bermaksud memiliki kulit yang cantik. Pada saya orang yang memiliki kulit putih ni banyak masalah dan banyak maintenance yang perlu dijaga berbanding mereka yang memiliki kulit yang agak keperangan atau kecoklatan.

Masalah utama kulit saya ni adalah kekeringan. Kadang-kadang kekeringan tu hingga tahap pengelupasan dan kasar. Bibir pun selalu je kering... dan tabiat saya kalau bibir kering ni of cause la nak tarik je sampai tercabut dan berdarah-darah. Bila dapat koyakkan kulit kering kat bibir  tu memang terasa nikmat nya hidup ni. Sedangkan orang yang tengok bibir saya yang berdarah-darah pulak terasa sebaliknya. 


Selain masalah kekeringan, saya juga tak lari dari masalah bintik-bintik hitam kat hidung. Itu perkara biasalah. Kalau dah kerja nyer selalu terdedah dengan persekitaran luar, lagi-lagi dengan cuaca yang tak berapa best ni, jangan kata bintik hitam, bintik yang jarang kita tengok pun boleh terlepekkk je kat muka ni. Alhamdulillah, saya tiada masalah yang serius dengan jerawat. Jarang juga dia tumbuh kat muka.

Kalau nak tahu saya ni memang tak pernah ambik perhatian sangat pasal kecantikan. Maksud saya produk kecantikan untuk muka terutamanya. Tak pernah maintain dengan satu produk pun. Semberono saje, asalkan nampak ok dimata saya, saya akan beli dan pakai.

Setakat ni Alhamdulillah, tiada kemudharatan yang saya alami. Kalau nak tahu, antara saya dengan suami, dia lebih prihatin berbanding saya. Barangan kecantikan dia sentiasa maintain dari dulu sampai sekarang setiap bulan... Dari hujung rambut sampai hujung kaki -  Sentiasa ber lotion ... Memang jauh berbeza la dengan saya. Nak tahu tak? barangan yang saya guna contoh nyer pencuci muka pun suami yang belikan dengan set lengkap lagi. Tetapi malangnya, hanya pencuci muka saje yang saya gunakan, yang lain buat perhiasan di meja  solek.

Sempena menyambut ulangtahun ke-30 pada tahun ni, saya terasa macam nak overhaul diri la pulak. Sekarang ni rasa macam dah sama umur pulak dengan suami. Bukan senang saya nak dapat perasaan semangat macam ni. Biasalah, dah lama kawen ni (saya lah tu) kadang-kadang terasa malas nak mekap macam anak dara. Capai apa yang sempat saje, asal ada bedak sudah... Kadang-kadang bukan bedak pun... debu kat muka pun dah terasa ok jer.

Dalam tempoh ni saya tengah survey produk yang akan menjadi "RATU HATIKU"... Dan kalau ianya berjaya mengatasi masalah kulit saya ni, saya akan kongsikan dengan mereka yang nak transform kan diri macam saya. Kepada produk kecantikan diluar saya... "Tunggu... Saya Datang... Ini semua POYO." Kalau cun saya kongsi, kalau tak cun, saya diamkan saje ya.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    ReplyDelete