Digital clock

Wednesday, May 15, 2013

Saya Sayang Mak

Seronok rasanya bila Mak datang ke rumah. Pernah saya terbaca kisah rakan yang menyatakan bahawa tetamu yang datang ke rumah akan membawa seribu rahmat dan rezeki kepada tuan rumah. Apatah lagi kalau yang datang tu Mak Abah kita atau ahli keluarga. Agaknya berlimpah-limpah rezeki yang masyuk. 

Apa pun semua bergantung kepada keikhlasan kita melayan tetamu yang datang. Baik layanan yang diberikan baik jugalah rahmat yang diturunkan. Manakan tidak, jika tetamu yang datang berpuas hati dengan layanan yang diberikan sudah pasti mereka akan mendoakan kebahagiaan kita. Sebaliknya yang berlaku, jika buruk layanan yang diberikan, pasti kejian dan hinaan yang dilemparkan didalam hati. Telahan saya sudah pasti ayat ini akan terpacul keluar dalam hati  ... "Tak hengen lagi aku datang rumah dia"...

Berbalik cerita mengenai mak yang datang adalah disebabkan jemputan kakak yang suaminya pergi ke China buat peneman pengganti tido. Kakak saya memang seorang yang penakut. Sebab tu bila suami dia outstation pasti jemputan kepada emak akan menyusul. (Jangan marah ya kakakku sayang). Abah tak ikut, ada kerja nak buat katanya.

Di Lembah Klang ini, mak ada 5 orang anak yang menetap di sini. Siapa yang tak nak mak datang ke rumah kan? Dalam kiraan saya, mak mesti ada kat rumah saya 2 malam, rumah Kak Suhaila 2 malam, rumah Kak Ip 1 malam, rumah kakak dan abang di Meru 2 atau 3 malam. Tapi... apa yang berlaku sebaliknya.. Mak tido dirumah Kak Ip semalam, rumah kak Suhaila 1 malam selebihnya rumah saya (sehingga saat ini). Agak tidak adil kan??? Hurm... 

Ada juga mak kata nak balik sebab kesian kat abah sorang-sorang kat rumah. Makan apa dan bajunya basuh ker? Bergitulah rungut mak setiap hari. Rindu betul mak pada abah. Sebagai anak tentulah saya nak mak lama dirumah saya. Tapi tanggungjawab mak pada abah melebihi segalanya. Untuk puaskan hati mak, saya kata padanya hari minggu ni kita balik ya mak. Nampak riak gembira di wajah mak.





Sambut Hari Ibu

Kebetulan hari Ibu jatuh pada hari mak dirumah saya. Sudah tentu saya nak sambut dengan Mak. Sambut biasa-biasa saje. Hanya ucapan "Selamat Hari Ibu, terima kasih kerana telah membesarkan saya, saya mohon ampun sekiranya selama mak membesarkan saya, saya ada melakukan kesalahan yang mengguris hati mak"... Sudah saya jangka jawapan dari Mak : "Tak adelah... anak-anak mak tak pernah buat salah".



Dating Dengan Mak

Berdating dengan Mak bukan selalu dapat buat. Bila dah ada peluang macam ni saya tidak kan melepaskan peluang. Nak bawak mak makan western, tak kena dengan selera mak katanya. Jadi makan saje makanan yang tak pelik di mata mak. 


"Muhammad Nak makan dengan Atok" Nak Atok yang suapkan ... 
Bila Mak Dirumah 

Banyak aktiviti saya dan mak lakukan kat rumah. Masa inilah nak belajar buat kuih, bersahur dengan Mak, berbuka puasa dengan Mak, makan dengan mak dan kadang-kadang saya menyelinap masuk dalam bilik tido dengan mak. Selalunya bulan Rejab dan Syaban nilah nak ganti puasa. Naseb baik ada mak jadi peneman bersahur, kalau mak tak de. Belum tentu saya bersahur atau pun belum tentu saya puasa. Huhu... 

BUAT BINGKA UBI DENGAN MAK

 
 



- Dapur saya tak canggih, guna dapur biasa ja, tindih dengan lesung batu, kuali pun, kuali goreng ikan buat bingka ubi - Barulah tradisonal -


Mak Jadi Model Tudung Fareeda sekejap...


"Mak... Mak pakai apa pun tetap cantik...

Seronoknya bila dapat habiskan masa bersama Mak. Sebagai anak sudah tentu saya nak lihat mak gembira dan bahagia, lebih-lebih lagi ketika mak sedang menghabiskan sisa-sisa hidup dihari tuanya...

Kepada anda semua, hargailah Ibu Bapa selagi mereka masih hidup. Jangan nanti kita menyesal kerana tidak pernah membuat dia bahagia dan gembira semasa hidupnya.


Lagu Untuk Semua Ibu-Ibu Sedunia Khas Dari Anak-Anak Mu...


No comments:

Post a Comment