Digital clock

Thursday, May 9, 2013

Kelebihan Bulan Rejab



Sabda Rasulullah SAW : "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya kepada Jibril as: " Wahai Jibril, untuk siapakan sungai ini?

Berkata Jibril as: "Ya Muhammad... sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab".

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : "Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada Allah SWT. lalu saya bertanya Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, mengapa anda menangis?"

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban... mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka."

Sabda Rasullullah SAW lagi : "Wahai Tsauban... kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa 1 hari sahaja dalam bulan Rejab dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur.


Tsauban bertanya : "Ya Rasulullah. Apakah hanya berpuasa 1 hari dan beribadat 1 malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?

Sabda Rasullullah SAW : " Wahai Tsauban... Demi Allah  yang telah mengutus saya sebagai Nabi. Tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa 1 hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH. Kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa 1 tahun dan mengerjakan solat malam 1 tahun.

Sabda Rasullullah SAW : "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulan ku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku".

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."

No comments:

Post a Comment