Digital clock

Wednesday, April 3, 2013

Serius Nak Kurus!!!

Sape yang tak nak kurus Dik Non oiii!!!! Lama sangat dah peram lemak dalam badan ni, sampai dah jadi lemak tepu.

Nak dijadikan cerita, hari ni 03 April 2013 (Rabu) saya pergi menapak ke LWG dengan azam yang berkobar-kobar. Matlamat utama saya sebenarnya bukan nak kuruskan badan sangat pun, cuma nak dapatkan rawatan percuma. Hehe...





Macamana boleh dapat percuma???
Biasalah... jawab je soalan peraduan yang dibagi tu. 
Entah aku jawab betul ke tidak, belasah je. Nanti diorang call bagitahu.

"Tahniah Anda Berjaya Menjawab Soalan Peraduan Kami"

Ha.. kan mudah je nak dapat rawatan percuma. So, kalau nak juga, jawab je soalan tu.
Tapi... benda ni tak habis kat sini jer. Kalau betul-betul nak dapatkan perkhidmatan ni, sediakan duit siap-siap RM 3,900 untuk 10 kali rawatan pelangsingan. Berbaloi juga dengan harga macam tu, boleh jadi kurus. 

Tapi dah sebab matlamat utama saya tadi nak dapatkan rawatan percuma 1 kali tu ja, saya kuatkan juga la hati ni supaya tak terpengaruh dengan tawaran tu. Bukan apa, bulan ni nak pakai banyak duit. Nanti kewangan dah stabil sikit saya tak kan lepaskan peluang ini. 
Macam biasa alasan saya yang ditekankan berpuluh-puluh kali sampai dia penat nak offer lagi. Hehe...

"saya ni tak kerja..." saya tak de kad kredit"... "Nanti saya tanya suami dulu..."


Serius tak tipu. Dua (2) jam perkhidmatan yang diberi saya dah susut 2 kg. Lepas buat rawatan tadi (steam bath and Hot Blanket) saya rasa penat yang teramat sangat. 2 jam rawatan tadi ibarat saya berlari 2 jam tanpa henti. Nak bawak kereta pun dah malas. Tak larat sangat-sangat. 



Sebenarnya ini kali ke-2 saya dapatkan perkhidmatan pelangsingan badan. Perkhidmatan sebelum ni saya dapatkan untuk 10 kali rawatan di pusat pelangsingan badan gara-gara nak kurus masa naik pelamin. Tapi lepas dapat baby, saya jadi kembang sekembangnye. 



Sebab saya ni pantang.... Pantang tengok makanan!!! Nak santap saje.

Pada saya, semua rawatan yang diorang beri tu bagus dan berbaloi keluarkan duit untuk dapatkan perkhidmatan yang berkesan macam tu. Layanan pun tip top, macam tuan puteri. Mana tahu ada rezeki aku masuk TV sebab susut 20 kg... Ha..berebut-rebut orang offer jadi Duta Produk. Tengok kakak kat bawah ni, kat mana-mana pusat LWM ada je gambar dia. 


Yang Penting "Duit Nya Ada"... kalau enggak, Jogging or Puasa Saja. Lagi Jimat! Walaupun dapatkan rawatan percuma sekali ni, dapat juga saya cenderamata dari LWM.  


Dengan beg ni, saya akan simpan duit untuk dapatkan perkhidmatan LWM.

Kepada kawan-kawan yang menunggu kemunculan saya menjadi kurus, harap doakan sentiasa...

Lupa nak bagitahu... lepas rawatan tu saya tersantap ayam KFC 2 ketul dan nasi ayam nyer tu. Lapor beb...

Sape kat luar sana ada produk yang mujarab untuk kurus tapi tanpa perlu berlapar tolong bagitahu ya. Yang penting ubat tu selamat dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


No comments:

Post a Comment