Digital clock

Tuesday, April 16, 2013

Ingat Dan Lupa

INGAT 2 PERKARA LUPAKAN 2 PERKARA

Apa yang perlu kita INGAT?

Pertama

INGAT jasa orang kepada kita. Jangan sesekali kita lupa jasa orang yang pernah membantu kita ketika kita sangat-sangat memerlukan bantuan. Tidak kira bantuan itu sebesar dan sekecil mana pun, sekalipun wang 10 sen.

Kedua

INGAT kesalahan kita pada orang lain supaya suatu hari nanti kita tidak akan mengulangi kesalahan yang sama dan sentiasa meminta maaf.


Apa yang perlu kita LUPA?

Pertama

LUPAKAN jasa kita kepada orang lain. Jangan sekali-kali kita mengungkit pemberian atau pertolongan yang pernah kita beri sekalipun orang yang kita bantu tidak pernah mengingati pemberian atau pertolongan yang pernah kita beri.

Kedua :

LUPAKAN kejahatan orang kepada kita. Anggaplah tiada orang pernah berbuat salah kepada kita.  Sentiasa bersangka baik kepada sesama manusia.

"JIKA KITA SENTIASA MENGINGATI DOSA YANG KITA LAKUKAN, KITA TAKKAN LAGI NAMPAK KEBAIKAN YANG PERNAH DILAKUKAN, JAUH SEKALI UNTUK MERASA BANGGA. 

"JANGAN SEKALI MENGHITUNG KEBAIKAN, SEDANGKAN DOSA YANG DILAKUKAN TIDAK PERNAH BERHENTI"


-Saya Bukan Orang Yang Baik, Tetapi Saya Sentiasa Cuba Menjadi Yang Lebih Baik-

1 comment: