Digital clock

Thursday, April 4, 2013

Hanya Kerana Sombong

Adakah Aku Cukup Sempurna?
Soalan itu saya tidak tujukan pada manusia. 
Soalan itu buat yang Maha Pencipta sekalian mahluk yang ada di alam semesta. 

Dalam kehidupan ini, 
segala kemewahan dan kebahagian sentiasa dianggap baik, segala keburukan dan tangisan dianggap malang. Hakikatnya, seluruh kehidupan adalah ujian ALLAH.

"Ujian tidak pernah berakhir. Ia bernyawa sebagaimana umur kita. Ia mengikut kita pagi dan petang, malam dan siang, dipejabat atau dirumah". (MKI - Bersyukur Saat Diuji : 53)

Begitu hina dan sombong saya di hadapannya...
Hanya kerana saya mempunyai wang kertas, saya sudah menganggap diri ini lebih kaya dari mereka yang hanya mempunyai wang syiling ;

 

Hanya kerana saya menaiki kereta yang besar, saya sudah menganggap saya lebih mewah daripada mereka berkenderaan kecil ;



Hanya kerana saya tinggal dirumah batu, saya sudah menganggap saya lebih sempurna dari mereka yang tinggal di rumah papan ;


 

Hanya kerana saya memakai barang berjenama, saya sudah menganggap saya lebih bertamadun dari mereka yang memakai barangan tempatan ;


Hanya kerana saya mempunyai segulung ijazah, saya sudah menganggap diri ini lebih bijak dari mereka yang belajar sehingga tamat SPM ;



 

Hanya kerana saya bekerja di pejabat yang berhawa dingin, saya lebih mulia dari mereka yang bekerja di bawah panas terik matahari ;




Hanya kerana saya telah pergi menunaikan Haji dan umrah, saya sudah menganggap diri ini lebih sempurna dari mereka yang belum berupaya menjejaknya...


 

Padahal :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Allah berfirman :
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sebesar biji sawi dan tidak akan masuk ke dalam neraka orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan sebesar biji sawi"
Allah berfirman :
"Kesombongan adalah selendang-Ku, kebesaran adalah sarung-Ku, barangsiapa mengambil salah satu dari keduanyanya dari-Ku, maka ia akan Aku lemparkan ke dalam neraka".
Peringatan Allah ini amat keras jika manusia tahu menggunakan akal fikiran.
Allah berfirman :
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

Sempurnakah Aku di sisi Allah... 
Sedangkan begitu banyak kesombonganku pada nikmat yang engkau pinjamkan.
Berbaloikah hanya kerana sombong terhadap perkara yang dipinjamkan, 
saya rela masuk ke Neraka...

Nauzubillah Min Zalik
(Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).

-Saya Bukan Orang Yang Baik, Tetapi Saya Sentiasa Cuba Menjadi Yang Lebih Baik-



No comments:

Post a Comment