Digital clock

Thursday, March 28, 2013

Tukar Aku Kepada Saya

Suatu hari saya terbaca sebuah kisah seorang sahabat bercerita 
di dalam Blognye mengenai " Ia Bukan Sekadar Sebuah Kereta"...

Hati saya sangat tersentuh membaca kisah yang ditulisnya.
Setiap perkataan yang ditulis sangat cermat sehingga maksud yang
 ingin disampaikan terkesan dalam hati saya.
Ia mengingatkan saya kepada ibu bapa saya yang amat saya sanjungi dunia ini.

Membaca cerita dia memberi ilham kepada saya untuk menulis 
sebuah kisah yang sama sepertinya... (entry selanjutnya) 
Dan selepas membaca kisah itu juga, saya berazam untuk 
menukar perkataan yang sering saya tulis apabila merujuk kepada diri saya.

"Saya" bukankah perkataan itu lebih indah dan lebih sopan apabila dituturkan. 

"Aku" kedengarannya agak ganas dan seperti diri ini saja yang memiliki sesuatu.

Mulai saat ini, saya akan cuba menggantikan perkataan "aku" kepada "saya".


Sesiapa yang ingin membaca kisah dia, sila klik 
http://ckbakar.blogspot.com/2013/03/ia-bukan-sekadar-sebuah-kereta.html

No comments:

Post a Comment