Digital clock

Thursday, March 28, 2013

Travelog Muhd Kamil Ibrahim (MKI) dan Buku Ilmiah Moden

Buku karya Muhd Kamil Ibrahim atau nama singkatannya MKI juga sangat memberi kesan dalam hidup saya. Dia di antara idola yang amat saya kagumi. Rentetan ceramah yang telah disampaikan oleh beliau suatu ketika dulu membuatkan saya sentiasa menunggu nukilan buku-buku Islam moden karya beliau.

Sesiapa yang membaca karya beliau dengan mata hati pasti akan terkesan di dalam jiwa.

Tertarik dengan kata-kata pembaca terhadap karya beliau :

"MKI menulis dari hati. Lalu hatilah yang disentuh. Di atas segalanya, Allah mengurniakan kepada profesor ini satu kebolehan menyentuh kalbu insan yang lain."




MKI juga mempunyai blog sendiri yang saya letakkan dihalaman depan blog saya. Saya berharap walau dimana jua MKI berada kini, beliau akan sentiasa menabur ilmu kepada manusia terutama warga Malaysia yang merindukan ceramah dan karya beliau.

Saya doakan agar Tuan Haji Muhd Kamil Ibrahim sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur supaya ramai umat manusia mendapat manfaat dari apa yang beliau dilakukan.

Jika kita lihat sekarang ini, penulisan buku-buku Ilmiah moden seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dahulu, buku-buku ini boleh dikategorikan sebagai buku yang paling membosankan. Tetapi kini, bukan sahaja menarik diluar tetapi isinya mampu meruntun kalbu pembaca juga pembakar semangat mereka yang dahagakan Cinta Ilahi.

Ini adalah buku yang sangat menarik untuk dibaca "Mengapa ALLAH menjadikanku Miskin".

Ia menjadi ubat bila saya diuji dengan kesusahan dan kesempitan. Saya cadangkan kepada anda diluar sana, bacalah buku ini kerana ia boleh memberi kesedaran kepada kita sebagai hamba ALLAH yang kerdil lagi lemah.

- Kita sering merasakan kaya itu baik, hakikatnya miskin itu yang lebih baik sekiranya yang jika kita kejar adalah redha Ilahi.

- Bila kita mempunyai harta, kita sering menganggap, harta itu kepunyaan mutlak kita. Sedangkan harta yang kita ada adalah pinjaman dari pemilik sebenar iaitu ALLAH. Allah pinjamkan sekejap supaya kita dapat mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Tetapi apa yang berlaku, kita menghabiskan duit semata-mata memenuhi kehendak atau nafsu kita hingga tiada sisa untuk orang lain.

No comments:

Post a Comment