Digital clock

Tuesday, March 12, 2013

TarBiah Rohani : Aku Yang Berdosa

Sesekali HATI ni kena basuh juga,
Macam pakaian yang kita pakai, kalau hari-hari pakai akan kotor juga.
Apatah lagi hati yang selalu digoda nafsu dan syaitan...

Bila penat sikit... Malas nak sembahyang. Ingat nak tido 
sekejap barang 5-20 minit. 
Alih-alih 2-3 jam baru terjaga sampai terlepas waktu solat. 
Bila dah terlepas, baru nak menyesal... Kenapalah aku tak bangun tadi? 
Masa tu syaitan dah melompat gembira.
 Dapat aku dosa free. Mudah nyer nak dapat dosa...

Bila aku nak buat baik, ada saje halangan. 

Terdetik hati malam ni nak buat Qiamullail. 
Kring... jam berbunyi tepat pukul 3.30 pagi. Siap tepuk bantal lagi...
Assalamualaikum Malaikat yang menjaga diriku... Kejutkan aku apabila jam 3.30 pagi.
Baru ambil wuduk nak basuh muka, anak dah menangis nak susu. 
Dah buatkan susu tak mahu tidur pulak tu.
 Mama... Tepuk la adik... Daripada nak solat malam, terpaksa berjaga menepuk anak nak tidur. Bila dia dah tidur aku pulak yang mengantuk.
 Jaga-jaga hari dah siang. Solat subuh pun terlepas.
 Ermm... Kenapalah aku tak kuat semangat tadi?
 Dah la solat sunat tak dapat, solat wajib pun terlepas.
Dapat lagi dosa free...

Bila suami balik kerja letih minta kopi secawan, aku kata...
 "Ala... kopi kan tak baik untuk kesihatan"...

Bila mak telefon tanya adik balik kampung tak minggu ni?...
"Ala mak... ada kerja sikit minggu ni". Padahal aku nak tido saje kat rumah.

Bila kakak dan abg ada masalah dan perlukan bantuan... 
Aku kata aku nak pakai duit bulan ni banyak sikit, tak dapat nak tolong. 
Padahal, mereka sedang mengikat perut tak makan.

BANYAK NYE DOSA AKU... 

Hakikatnye... semua perkara tu boleh sucikan hati aku yang banyak berdosa... 

Mudah sangat nak dapat pahala, lebih mudah nak dapat dosa. 
Pilihan ditangan kita!

Sesiapa yang pernah terasa hati pada aku. Aku nak mintak maaf ya. 
Mana tahu ajal aku dah nak dekat sampai... 

Teringat aku kisah Imam Al-Ghazali bermain teka teki dengan murid-muridnyer : 


Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Aku suka dengar lagu ni... Bila dengar hati aku rasa tenang.


Jom mintak ampun pada Allah, suami, isteri, ibu bapa, keluarga dan sesiapa saje yang pernah singgah dalam hidup kita. Kadang-kadang kita tak sedar kata-kata kita meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati seseorang.

1 comment:

  1. kita ni hamba Allah. banyaknya kesalahan yang kita buat kepada ALLAH. bertaubat la dan memohon keampunan daripada Allah. ALLAh menerima taubat hambanya. masih belum terlambat.

    ReplyDelete