Digital clock

Thursday, March 28, 2013

Alahai Rumah Sewa

Cerita kali ini mengenai kisah 'Rumah Sewa Hancur'
Rumah yang saya maksudkan bukan rumah sewa yang kami duduk sekarang. Tapi rumah yang kami sewakan kepada pelajar-pelajar Jururawat (wanita) di salah sebuah Kolej Swasta.

Kami sangat-sangat kecewa dengan perbuatan-perbuatan kalian.
Sebelum mereka memasuki rumah ini, kami telah pastikan semuanya baru dan bersih. Sudah la keluar tak bagitahu, rumah ditinggalkan macam tongkang pecah. Dinding rumah buat seperti kertas lukisan. 

Mula-mula saya sampai rumah ni, orang dah siap cuci dan kemaskan. Kalau saya datang sebelum dicuci tadi, mungkin saya boleh muntah hijau katanya.


Masuk pintu utama saya dah nampak gril pintu ni tercabut diikat dengan tali kasut.


Semua 12 penyangkut tingkap (kunci) patah.


Wallpaper yang cantik dan murah mereka tinggalkan untuk tatapan saya.


Mangkuk sinki bilik air yang pecah dan hilang entah kemana...


Sinki dapur bocor...


telah merosakkan kabinet dapur...


Masuk bilik utama, nampak luahan hati pelajar-pelajar ni terhadap 
pengurusan kolej dan keadaan rumah ni...


Macamnilah cabaran kepada tuan rumah yang sewakan rumah pada orang lain
 tak kira mereka tu pelajar ke, orang bujang atau yang berkeluarga. 
Nak baik pulih semua ni perlukan modal juga... 
Paling tidak pun, habis gaji sebulan untuk baikpulih rumah ni.
Setiap kali penyewa keluar, setiap kali itulah kita kena cat balik dan ganti apa yang patut. Atas sebab ini, kami fikir dah tak nak lagi sewakan pada orang. 

Apa jadi pada rumah ni???

Tunggu cerita seterusnya apa akan jadi pada rumah sewa ini...

No comments:

Post a Comment