Digital clock

Tuesday, March 12, 2013

MASALAH ATOPIC ECZEMA / DERMATIS

Just nak kongsi rawatan untuk masalah Atopic Eczema

Kepada ibu bapa yang anak nye mengalami masalah Ekzema Atopik 
atau dalam bahasa BI nyer Atopic Eczema. 
Meh aku nak kongsi barang yang mujarab untuk atasi masalah ini.

(Ini bukan barang MLM - sekadar perkongsian maklumat sahaja)

Dah dekat 4 tahun MaLaiKaT KeciL saya menghidapi masalah ini. 
Dr. kata, ekzema ni tiada ubat sehingga 
umunisasi badan dia sudah kuat dan mampu melawan penyakit tu. 
Ekzema ni penyakit keturunan dari ibu bapa.

Pasal ubat jangan katalah... 
Sekali pergi klinik saje RM 400 mesti ada dalam tangan. 
Tahu jelah klinik ni, ubat itulah inilah yang disuruh nyer. Aku angguk aje...
 Kadang-kadang ubat yang dibagi tu ubat vitamin yang jual kat farmasi je, 
tapi sebab Dr. dah cadangkan. Iyakan ajelah...

Sebelum tu nak story dulu info penting ni...

Apa itu Ekzema?

Ekzema adalah keadaan kulit yang kering yang menyebabkan 
kegatalan atau keradangan kulit. 
Ekzema tidak boleh diubati, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan yang betul.

Apa pantang larangnya?

Semua jenis makanan laut (udang, sotong, ketam dan ikan dari laut dalam) 
Semua jenis keluarga kacang termasuk kacang soya.
Telur ayam hanya kuning nye saje, tapi seeloknya dielakkan.

Nak tahu apa benda nyer?


Sabun Mandi dan Lotion jer pun...

Tapi kali ni aku rasa lain sikit lepas cuba benda ni...

Dulu kulit Muhammad menggurutu kesan dari keradangan kulit. 
Lepas pakai sabun dan lotion ni, kulit dia lembut sangat macam kulit masa bayi.

Aku dah tengok dekat Guardian & Watson kat tempat aku tak ade yang jenis ni. 
Nanti aku nak google lg kat tempat lain. Cetaphil biasa ada la jual. 
Dr. kata, kalau nak kena tempah. 
Mintaklah klinik atau farmasi jual ubat belikan yang jenis ni. 
(Susah juga nak cari stok ni)

Macamana guna sabun & lotion ni?

Lepas anak kita mandi, biarkan ada sikit-sikit air kat badan dia.
 Jangan lap sampai kering. Lepas tu sapukan lotion.
 Nanti lotion tu akan meresapkan air yang kita tinggalkan tu. 
Jadi.. kulit akan sentiasa lembap.

Kesimpulannyer, anda yang ada masalah yang sama boleh mencuba.

Terima Kasih kepada Dr. R.Chandran (Pakar Sakit Kulit). 

No comments:

Post a Comment