Digital clock

Friday, February 22, 2013

Bila Potong Rambut

Muhammad Amirul Mukmin memang TAK SUKA potong rambut.
 Dia takot dengan bunyi mesin tu. Aku tanya kenapa? 
Dia kata ada binatang nak gigit adik.
Kalau nak potong rambut dia kena sedia 3 bodyguard, 
baru dapat potong rambut dia. Itu pun masih tak lurus lagi.

Minggu lepas dah tak boleh tahan, semak aku tengok rambut dia ni. 
Macam biasalah...


Nangis tak hengat... 

Dah macam pembesar suara berkumandang dalam Jusco ni... Malu aku beb... 
Hilang suara Shila Hamzah 'Patah Seribu' dek kerana kebingitan suara Muhammad ni...
Menjadi orang yang glamour tak pakai baju dalam Jusco ni... 
Orang lalu lalang tanya aku kenapa dia tak pakai baju... 
Aku kata dia gatal baru potong rambut...



Nak berhentikan dia nangis kenalah beli makanan sikit...
 Ye la.. kan tadi dah penat buat konsert melalak "tangkap leleh"...

Sebab tak boleh control, suami suh orang tu sodok je kasi botak.
Susah nak buat pesen2. Tak duduk diam. 


Muhammad tak nak kawan mama... ;( aku diketepikan.


Oh.. Dia dah senyum sikit kat aku... malu la tu, aku snap gambo dia...


Tak habis marah lagi tu... Dia fire aku dalam kete...


Ni lagi satu tabiat dia... 
Nak pergi mana-mana pun, mesti kena ada 3 barang dia ni. 
Kalau tidak bernanah telinga aku dengar dia menangis.
Tapi sekarang dah jadi 2 ja.. 
Dulu mesti ada Bantal, kain batik (aku) + Puting. 
Sekarang puting dia dah tak layan lagi...

Sekarang aku panggil dia...
"Muhammad Botak... Oh Muhammad Botak..."

Dia marah. Dia kata...
Adik tak nak botak, abah botakkan rambut adik... Adik dah tak hensem.

Tahu pulak dia apa tuh hensem ya... ;)

No comments:

Post a Comment