Digital clock

Friday, January 11, 2013

Azam Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013
Hari ke-11 aku baru nak wish... memang aku suka ketinggalan dari yang lain...
Sebab aku buat-buat sibuk, tu yang tak sempat nak update blog.
Bila dah masuk tahun baru ni, orang akan selalu cerita pasal 'AZAM'...

Apa cer AZAM tahun lepas? 
Yang berjaya mencapai AZAM, aku nak ucapkan TAHNIAH...
Bagi mereka yang tak berjaya macam aku ni, 
Jangan putus asa dan Jangan fikir tuhan tak sayang pada diri kita.
Yakinlah, Tuhan tidak akan sia-siakan mereka yang BerDoa pada Dia...
Mungkin apa yang kita minta, tidak sesuai pada waktu dan tempatnya... atau ada perkara yang lebih baik yang DIA gantikan untuk kita... 

Azam tahun 2013, 
Aku dan suami dah record azam masing-masing 
bersaksikan Muhammad Amirul Mukmin = Saksi 25%
Kami janji untuk buat semakan setengah tahun pada bulan Julai nanti dan laporan penuh hujung tahun nanti... Ha.. Dah macam KPI pulak.

Nak tahu apa azam kami??? Haha.. Segan pulak nak tulis... 

Tentulah, nak anak lagi :), Business berjaya, aset bertambah...

Mesti sama kan AZAM kite... Xde lain lah... 

Ada 1 je AZAM kami yang mendapat tentangan dari saksi 25%... 
Dia kata dia tak nak adik... Nanti mama tak sayang adik... Adik nak tido dengan sape...
Sape nak jawab ni!!!

Permulaan tahun 2013 ni, Muhammad tak isap puting lagi. 
Mula-mula tu memang tahan telinga je bila dia menangis menjerit-jerit nak puting.
 Aku kata puting dia kena curi dengan lipas. 
Dia suruh aku telefon abah beli puting. 
Abah kata nanti abah belikan.. tapi sampai hari ni bila dia sebut puting kat abah, 
abah kata abah lupa beli.


Seminggu Muhammad nangis sebelum nak tido sebab tak de puting



Sampai bengkak mata dia... 


Akhirnya.. Tido juga... 

Lepas ni aku nak ajar dia tak pakai pampers pulak. 
Aku dah belikan dia sepentot gambar spiderman... Tak sabor dia nak pakai.
1 hari aku tak pakaikan dia pampers, dia kata...
mama.. gelilah strawberi adik... hehe...

Oklah... sampai sini dulu corat coret aku untuk permulaan tahun baru ni...

No comments:

Post a Comment