Digital clock

Wednesday, December 12, 2012

Running Man - Korea

Rancangan Running Man terbitan SBS ...
Sesiapa yang belum follow rancangan ni, aku syorkan agar anda cuba tengok...

(Running Man - Episod 1)

Tapi kalau tengok sendiri dalam astro channel 393 setiap malam jam 11.20 p.m
hari Jumaat, Sabtu (Maraton) dan Ahad...  Lagi syok giler...

Sebelum tu, aku nak bagitahu, orang yang perkenalkan aku rancangan ni
adalah Lina Chan..
Masa tu hari Jumaat, time rehat, so masa panjang untuk kami melayari internet..
Kami belum tengok pun lagi, cuma dengar Lina Chan bercerita,
berjujuran air mata aku ni mengalir sebab ketawa terlebih sangat...
belum tengok lagi aku dah nangis, kalau tengok nanti tak tahulah..

Sekarang.. aku dah jadi peminat tegar rancangan ni...
Semenjak aku langgan Astro Byond PVR,

Semua rakaman untuk Running Man :0
Setiap hari aku mesti nak tengok.. sampai 3 perkataan ni
encik husband selalu kata kat aku..

" mama... mama tak bosan ke tengok cerita ni..."
"mama...  abah teringin nak tengok siaran lain..."
"mama.. abah kesian kat mama, dah jadi macam tak betul, gelak sorang-sorang.."

Perasaan aku bila tengok cerita ni..
Tersangat Gembira.. Hooo.. Hooo... Hooo...

Sampai satu ketika, aku rindu sangat pada pelakon-pelakon nya..
 Jae Suk, Song Ji-Hyo, Kim Jong Kook, Haha, Ji Suk Jin, Lee Gwang Soo, Gary....

Sehari tak tengok mereka ni, rasa tak lengkap hidup aku..
Aku ni.. kalau dah suka satu benda tu...
 itu sajelah yang aku akan hadap hari-hari sampai ada benda baru jadi pengganti..

Selamat Menonton Nanti...

1 comment:

  1. rancangan ini memang top dan terbaik. gelagat diorang menyebabkan kita x bosan menontonya. permainan yang dibuat dalam gameshow ni pun hebat dan artis jemputannya pun gempak2

    ReplyDelete