Digital clock

Tuesday, November 6, 2012

RM 1,000000 MoNeY DroP Malaysia Musim Ke-2

RM 1,000000 MoNey Drop Malaysia Kini Kembali!!!

Memang syok giler tengok rancangan ni
Siap mengata peserta lagi bila tak dapat jawab kan??
Macamlah kita pandai sangat.. ahakkss:0

Tapi sekarang rancangannyer dah berbeza, memang nampak peserta yang berjaya masuk pertandingan tu bukan calang-calang orang tahap IQ nyer..

Kali ni, aku nak cerita tentang pengalaman aku pergi uji bakat RM 1,000000 Money Drop Malaysia kat Mid Velley, Kuala Lumpur hari tu.
Macam tak percaya je, aku boleh terjerumus di dalam lembah manusia yang setia berbaris dan berasak-asak kat bangunan hotel tu
Kalau bukan kerana nak dapat duit sejuta tu, tak de maknanya aku nak berbaris cenggitu...

Seawal jam 6.15 pagi aku bergerak ke Garden Hotel, Mid Velly Kuala Lumpur,
Tak pernah-pernah aku drive kereta sendiri sampai ke tempat camtu,
Nak parking kat bangunan hotel takut mahal, jadi aku parking la kat Mid Velly,
Lengang giler, lalat pun belum bangun lagi aku dah sampai.
Masa berjalan menuju ke lobi hotel, nampak la gaya-gaya calon ujibakat Money Drop
Sentap beb.. Mantop-mantop ilmu gitu.

Sebab aku sampai jam 7, jadi dah ada la orang berkumpul kat lobi tu, aku agak dalam 100 orang gitu. Aku pun carilah post yang mudah nak meluru keluar bila penganjur suruh beratur nanti.


Bila penganjur suruh buat barisan, sepantas kilat orang berlari
Naseb baik aku dapat meboloskan diri... (Dalam fikiran aku.. Bolos saja dinding itu) 
Akhirnya dapat juga aku membariskan diri aku yang comel ni di tengah lautan manusia..


Naseb baik aku gi uji bakat Money Drop.. Kalau Maharaja Lawak ker.. Akademi Fantasia ker.. 
Bila ada camera zoom kat barisan aku, tak tahu mana aku nak letak muka ni.. 
Buat-buatlah xnampak, Sat lagi muka aku masuk TV, sape nak jawab beb..

Taktik orang nak memotong biasalah.. 
Orang kata tak de boranglah, tak de pen lah.. Buat-Buat tanya kat kita,
Kita pun suci hati bagi borang kosong, maklumlah print borang berhelai-helai takut salah tulis
Dah siap tulis, elok pulak dia duduk bersembang dengan kita,
Entah datang dari penjuru mana entah dah tercongok depan kita..
Sape tak sakit hati diikk ooiii..
Nak marah tak terkeluar dan dihalau lagi tak sampai hati..
Dapat berbaris belum tentu dapat masuk uji bakat, hati masih tak keruan.. sabar Jebat..
Akhirnya... dalam perebutan yang maha hebat, dapat juga aku no. giliran.


Dah dapat no. giliran ni, kira bolehlah nak berjalan ke toilet,
kalau tidak, tahanlah dulu sampai bergegar lulut.

Berbaris jam 7.30 pagi, dapat naik jam 11.30 pagi..
Bengkok tulang rawan akak dik non oii..
Bila dah naik ni, sejuk la hati sikit, tak de la akak berpanas hujan kat bawah tu..

Menunggu di luar sebelum masuk Bilik Menunggu
Bakal Jutawan :)
Habis jawab periksa, kitorang ditempatkan dalam Bilik Sengsara katanya,
Tak lama lepas tu datang la crew memberitahu markah peperiksaan... Jeng3x..

TAHNIAH kepada anda semua kerana telah BERJAYA memboloskan diri sehingga ke tahap ini, kerana beratus-ratus rakan anda di bawah sana masih belum tentu nasebnya...
(Bangga giler beb) 

Tetapi dukacita saya maklumkan disini, tiada seorang pun di antara kamu yang berjaya ke pusingan seterusnya... huhu.. sungguh tragis ayat tu.. 
Baliklah aku dengan hati yang hampa..
Tapi.. aku nekad sekali lagi.. alang-alang genggam bara biar sampai jadi abu..

Sebab aku confident giler dengan hubby pagi tadi, malu nak bagitahu aku gagal,
aku kata kat dia, keputusan akhir esok, esok mama kena pergi exam lagi, saingan sengit.. 
(Tak de la aku malu sangat.. Mana tahu esok rezeki aku)

ESOKnya..
Aku datang lagi... dengan ilmu yang bertambah sedikit berbanding semalam.. 
Hari kedua aku ingat tak ramai orang, rupanya diorang ni pun suka genggam bara api macam aku rupanya.. Muka yang sama juga datang.. 
Kali ni no. giliran aku lebih panjang dari semalam..



Aksi himpit menghimpit lebih dahsyat lagi, naseb baik aku dah belajar dari kesilapan semalam, orang tanya aku buat tak tahu jer, lagi aku suruh dia beratur kat belakang lagi..
Hari ni banyak Abg dan Kakak RELA ditugaskan mengatur barisan.. 
Nak dapat masuk ke pintu ni, aku perlu manjadi lempeng yang penyek dulu.. Urrrgghhh..
Naseb baik tak rosak tudung Fareeda akak dik oi...


Hari ke-2 Uji bakat dapat jawab periksa jam 2.30 petang..
Nampak gaya soalan hari kedua ni nampak senang sikit berbanding semalam.. 
Ramai yang confident macam aku gak ni. 
(Saat Pengumuman) 
No Giliran yang dipanggil adalah yang berjaya ke peringkat seterusnya. Yang tidak dipanggil sila beredar tinggalkan dewan ini.. No. 800...4.. Aaaahh tidak.. Hanya satu no sahaja. Kenapalah bukan no aku disebut tadi..
Bukan rezeki aku nak dapat RM 1,000000. Hua.. Hua..

Disebabkan Uji Bakat Money Drop ini jugalah aku tak dapat pergi kenduri sahabat aku Juhaida sama-sama dengan kawan-kawan aku yang lain...

Walaupun aku lewat tak bermakna aku tak pergi kenduri dia.. 
Jam 7.00 malam aku baru sampai Beranang..
Naseb baik ada saki baki lauk, dapat juga aku merasa lauk kenduri juju..
Sempat juga aku berfoto dengan pengantin ni, walaupun dia dah pakai baju tido.. hehe.

Selamat Pengantin Baru Juju.. Semoga Kekal Hingga Ke Syurga..


No comments:

Post a Comment