Digital clock

Sunday, June 10, 2012

TeRaPi ION (Rendam Kaki)

Aktiviti hari minggu (Sabtu - 9.6.2012)
 adalah hari yang paling mengujakan untuk aku berkongsi dengan kawan-kawan semua...
 Sebagaimana perasaan semua insan-insan yang bekerja, hari sabtu dan ahad merupakan hari yang paling dinanti untuk kita bersama keluarga terutama untuk diri sendiri
 selain dari aktiviti tidur.
Ini merupakan pengalaman pertama aku  mendapatkan perkhidmatan ini,
Disebabkan tak dapat temujanji untuk berurut, maka aku beralih dengan aktiviti lain yang lebih kurang sama kesannya untuk diri aku..
Matlamat masih sama iaitu untuk menghilangkan stress
TERAPI ION - RENDAM KAKI
Mari kita sama-sama lihat hasilnya...
"Rendam Kaki ke dalam bekas yang disediakan"
Selepas 30 MINIT
 
Air Bersih bertukar menjadi Air Mutannajis.. Hehe.. Gurau jer..
"Hasil terapi selepas 30 Minit"
Zoooommm Lebih Dekat
Apa Yang Ada Dalam Air tu!!!

Mari kita sama-sama tafsirkan
apakah benda asing dalam air itu..


Tanpa Saya Ragu-Ragu...
ianya adalah..
KOLESTROLLLL .. dan masalah dari hati/pundi kencing...

OMG!!!!!


Macamana TERAPI ION INI BERFUNGSI?

Melalui lubang pori2 di telapak kaki, ianya menyedut toksin/racun dari badan kita dan disingkirkan melalui perubahan warna/molekul-molekul yang kita dapat lihat secara jelas di dalam air berkenaan.
Kaedah ini dinamakan Kaedah Ionisasi..

Apa yang saya rasa selepas mendapatkan perkhidmatan ini..

Kaki saya tak sakit lagi dan badan berasa sangat ringannnn...

Selamat Mencuba!!! 

13 comments:

  1. nak cuba gak. tapi hang kata orang ngandung takleh. pas sy ngandung, kita gi lepak sesama mengionkan kaki ye. amacam? :)

    ReplyDelete
  2. kat mana ni? nk try tp x pnh nampak area bangi ni ~

    ReplyDelete
  3. Salam , sy juga pernah buat terapi ini dan kesan pada sy sangat mudah nak tidor kerana sebelum ini mmg menghadapi masalah tak dapat tidor malam. Usia saya 36 thn. Setelah mengkaji dgn lebih mendalam sejarah, kelebihannya jadi sy sendiri dah buka pusat terapi sendiri di Sungai Petani dan juga Kepala batas. Juga membekalkan mesin2 terapi kepada yang berminat. Cuma pesanan saya anda kena survey dulu tempat dr satu pusat terapi ke pusat terapi yg lain mesti mengambil masa 30 minit supaya tidak berlaku pecahan pelanggan.
    Boleh lihat di website saya cawangan2 kami http://terapiionsungaipetani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. http://curezone.com/forums/fm.asp?i=567466

    http://www.ehow.com/way_5756264_explanation-detox-foot-bath.html

    Fakta disebalik alat ini, sekadar berkongsi pengetahuan.

    ReplyDelete
  5. Abg kne tipu la... bnde2 yg abg kate kotor 2 adalah hasil tindakbalas besi pada alat itu dgn air garam.. n arus elektrik kt situ besi ada dua iaitu positif dan negatif.. ni mesti x ambik kimia mse skolah ni... kalo abg x caye ckp sy.. cube la suh org tu on.. n abg x perlu masukkn kaki kt dlm air tu... sy adalah insan yg nk membantu, tidak mahu melihat sesame kite tetipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,pada mulanya saya pun berpendapat macam anda,tetapi pengalaman saya yang pertama di Rawang membuatkan saya untuk menerima bahawa tanggapan saya adalah salah.Ini kerana orang di hadapan saya hanya mempunyai ketulan hitam di dalam bekasnya selepas terapi selama 30 minit tetapi airnya jernih.Manakala air dalam bekas saya pula mempunyai pelbagai warna.Bila ditanya tuan punya pusat itu,dia menjawab bahawa orang itu telah menjalani terapi ini sebanyak 12 kali,jadi itulah sebabnya air dalam bekasnya jernih.Manakala ,ketulan hitam pula disebabkan orang itu makan ubat-ubatan dari hospital.

      Delete
  6. Salam, mohon keizinan perkongsian pada blog saya tentang pengalaman anda menjalani terapi ion.Sekiranya diberi keizinan sy akan letak url anda di blog sy.tq

    ReplyDelete
  7. Salam tuan/puan..
    Sebenarnya terapi ionik tidak menipu.. JANGANLA JADI INSAN YANG KUFUR ILMU YANG ALLAH BAGI.. memangla kalau tidak letakkan kaki warna keluar TETAPI ion2 negative tersebut tidak ke mana2 hanya ada di situ dan tidak disalurkan ke tubuh badan kita melalui pori-pori tapak kaki untuk meneutralkan keadaan dalaman badan kita yang terlalu banyak toksin..
    Yang TERPENTING sekali ialah keadaan kesihatan customer yang datang berubat telah sembuh dAN tidak lagi bergantung pada ubat hospital... dok makan ubat ubat hospital, kesan jangka panjang ia akan kacau buah pinggang lak. Nasihat saya kalau ada mak ayah yang hadapi sakit urat, lenguh2, kebas2, gastrik pergi la berubat cara ni.. bnyk sgt dah toksin dlm badan. Tersangat bnyk manfaatnya perubatan cara terapi ionik ini dan dah menyembuhkan ramai orang. Saya ada ramai testomoni yang datang ke pusat terapi saya.. Wallahhualam.

    Lagi satu sambungan dari cerita di atas - SY SUKA MENGGUNAKAN KONSEP INI, KALAU SAYA BATUK SAYA DAH GUNA UBAT CAP A, CAP B DAN CAP C TAPI BATUK SAYA MASIH TAK SEMBUH2. LAST2 SEKALI SAYA GUNA KICAP+PERAH LIMAU SEMBUH PULAK BATUK SAYA TU. Kenapa kita tak cakap ubat batuk dr farmasi/klinik/hospital tu menipu? sebab ia tak mampu nak sembuhkan batuk saya? sebab tu kalau cikpuan rasa benda ni tidak serasi dan tak percaya tak perlu la buat. Ada orang buat terapi dan pulih dengan cara macam ni, SO WHAT? Kau tak percaya,kau jangan buat.. bagi org yang ada masalah yg buat then kau bila dapat penyakit pergi je la dapatkan ubat hospital yg mana ubat2 tersebut jangka panjang akan kacau buah pinggang!!!! ORANG YANG TAK BUAT JA YANG DOK SEMBANG LELEBIH NI.. JANGANLA KUFUR ILMU YG ALLAH TAALA BAGI. SUBHANALLAH...IA MEMBANTU LEBIH RAMAI ORANG SIHAT TERUTAMANYA MAK AYAH KITA YANG DAH KURANG SIHAT DAN TAK MAMPU MEMBUAT AKTIVITI YG MENGELUARKAN PELUH. INI CARANYA KITA BUANG TOKSIN IAITU DENGAN BERTERAPI IONIK UTK MENSTABILKAN KEADAAN DALAM BADAN KITA.

    SESUNGGUHNYA DLM BADAN KITA NI BANYAK ION2 POSITIF(SIFATNYA ASID) SEBAB TU BANYAK PENYAKIT. JADI ION2 NEGATIF (SIFATNYA ALKALI) DARI GARAM TU AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BADAN KITA MELALUI PORI2 TAPAK KAKI.

    CAKAP BANYAK TAK MAU, RASA SENDIRI PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS TERAPI SEKIRANYA ADA MASALAH KESIHATAN.. KALAU ADA MASALAH NAK TIDOR MALAM PUN BOLEH..KALAU ADA MASALAH KESIHATAN PERGILA BUAT SEBANYAK 6-12 KALI BERTURUT2 SAMAADA SETIAP HARI, SELANG SEHARI, 2HARI, 3 HARI. JANGAN SELANG 4,5,6,DAN 7 HARI KERANA TOKSIN AKAN TERKUMPUL BALIK DARI PEMAKANAN KITA. WALLAHUALAM.. SUDAH RAMAI YANG SEMBUH DARI PENYAKIT YANG TIMBUL DARI PEMAKANAN HARIAN KITA TU..TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  8. Memang saya pernah dengar pasal rod karbon tu boleh jadikan warna.Terpulang pada penilaian masing-masing. Alami sendiri dan ucaplah syukur jika kita boleh sihat dengan penggunaannya... Pengalaman ahli Keluarga saya sendiri selepas gunakan terapi ni, daripada sembahyang duduk di atas kerusi (selama bertahun2) sekarang dah boleh berdiri dan angkat kaki. Kita tak kan tahu kalau kita tak cuba merasai dulu.

    ReplyDelete
  9. betul ke?? tipu ke??..yang penting kita kena ingat bukan itu yang menyembuhkan kita..tetapi dengan izin ALLAH.kalau ALLAH tak izinkan sembuh tandanya dia nak bagi kita ingat dia banyak2..kalau ALLAH bagi sembuh tandanya dia nak bagi kita peluang untuk menginsafi dan bersyukur untuk segala nikmat yang dipinjamkan kepada kita...sekurang2nya kita mencuba..kita merancang tetapi ALLAH jua yang menentukan daripadanya kita datang dan kepadanya jualah kita akan kembali...janganlah kita sentiasa mencari silap insan yang lain..renung2kanlah kesilapan didalam diri kita..kalau dia tipu dia yang dosa..kalau dia tak tipu kita yang dosa berganda sebab menabur fitnah dan memburukkan orang lain.dunia akhir zaman ibarat seorang yang tua..kehidupannya dah tak terurus dan banyak melakukan kesilapan..wasalam...

    ReplyDelete
  10. Kepada kawan kampg.. saya setuju apa yg u ckp.. semuanya dtg dr Allah.. sy manusia biasa hanya sekadar ingin mencuba. Semua org ada pendapat masing2. Pd saya ia hanya pengalaman hidup merasai benda tu. Kepada yg berkongsi pendapat di blog ini, saya sentiasa mengalu2kan.. yg baik blh diikut, yg tak elok jdkn pengajaran.

    ReplyDelete
  11. Kepada kawan kampg.. saya setuju apa yg u ckp.. semuanya dtg dr Allah.. sy manusia biasa hanya sekadar ingin mencuba. Semua org ada pendapat masing2. Pd saya ia hanya pengalaman hidup merasai benda tu. Kepada yg berkongsi pendapat di blog ini, saya sentiasa mengalu2kan.. yg baik blh diikut, yg tak elok jdkn pengajaran.

    ReplyDelete
  12. org yg reply kata tak jadi tu dia ada produk lain nak jual kot, tepi tak laku2. kalaulah dikatakan warna air yg berubah itu kerana tindakbalas kimia proses elektrolisis, mengapa pula air selepas terapi berbeza-beza pada setiap orang? Cuba jawab wahai pembangkang mengapa air rendaman saya merah dan pada orang lain ada ketulan2 hitam. Dari mana? Dari plate besikah? Jangan kacaulah rezeki orang lain weh...

    ReplyDelete