Digital clock

Tuesday, May 22, 2012

Aku Yang PeNaKuT..


Lama sungguh xupdate blog nih, dah sebulan rupanya..
Kawan aku kata "su.. dah bersawang blog ko su.."  Oh kesian sungguh..
Bila balik kampung, anak buah aku kata "bila cik za nak tulis blog lagi, bila bukak je citer yang sama je.. "
Oh terharu sungguh, rupanya ada yang baca blog aku..

Disebabkan hari ni adalah 2 Rejab,
 jadi aku sangat excited nak tulis story pasal Buah Hati aku yang sorang nih..
 Muhammad Amirul Mukmin
Gap sudah 3 tahun dalam bulan Islam aku melahirkan dia.

Jom aku bawa kawan2 semua mengimbau 3 tahun yang lalu..
Tut.. teeett.. tit.. tenettt.. (Bunyi mesin masa)

22 Jun 2009

Dengan lengang kangkung Mak Limah aku datang bekerja seperti biasa. Bezanya pagi ni aku ada check up kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi. Jam 9 pagi suami datang ambik. Sampai turn aku, Dr. Fadz cek degupan bayi n ntah apa ntah lagi. Dia kata air ketuban aku sikit, kena bersalin awal, takot bayi lemas. Bersalin hari ni, masuk petang.

Isk3x.. xsangka rupanya lenggang kangkung aku pagi tadi tu dia suh aku bersalin. Kalau ikut due aku tuh lagi sebulan lagi. Kalau aku setuju nak bersalin, maknanya aku akan jadi ibu pagi esok. Cam xpercaya pulak. Senang pulak nak bersalin ni ya.

Lupa pulak nak cakap masa Dr. cek tadi, aku ni terjerit2 cam nak bersalin.. Bukan apa.. aku ni penakot, nampak je cam gagah berani, tapi dalam hati ada taman yang kecut. Disebabkan aku ni takot, Dr. cadangkan kat suami suapaya aku guna epidural. Katanya xsakit. Yang tu aku suka.. Aku tanya Dr. boleh x kalau aku nak bersalin 1 Rejab. Dia kata boleh, tapi dia takot jadi apa-apa kat bayi. Dia kata kalau pergerakan bayi aku xde atau kurang, cepat-cepat datang.. xboleh lengah, takot bayi lemas.

Balik dari check up, aku pun kemaskan semua kerja-kerja yang dalam tindakan. Nak bagi orang tanggung kerja.. Bestnya dapat cuti panjang..

Malam tu aku call mak kesayangan aku.. Aku kata aku nak bersalin.. Nak mak ada kat sisi aku.. Esok suami aku datang ambik.

24 Jun 2009

Kali ni aku xlenggang kangkung lagi.. sebab aku takot.. Maklumlah nak gi berperang ni..
Tengahari suami ajak makan kat RestoranAyam Kampung. Belasah sakan aku makan dengan secukupnya. Yalah.. nanti 2 bulan lagi baru jumpa makanan ni. Lepas makan solat zohor dulu pastu aku doa banyak2. Kul 2.30 gerak ke Az-Zahrah tu.
Kul 3.30 dia cek bukaan rahim. Lagilah aku terjerit2.
Kul 4.00 dia induce aku.. bertongkat la aku membawa botol air tu.
Kul 7.00 dia suruh aku masuk untuk cucuk epidural kat belakang aku.

Bye.. mumyy.. tinggallah mak aku kat bilik tu sorang2..
Sempat aku tengok muka mak.. Sedih dia..
Alhamdulillah.. sempat juga mak tengok anak bongsu mak melahirkan anak..
Dapat  mak tengok cucu  dari zuriat aku..

Cam biasalah, masuk Bilik Bersalin ni.. Dup..Dap..Dup..Dap..
Tapi nasib baik ada Encik Abang disisi.. dan alunan bacaan Quran kat corong radio. Best2..
Sementara menunggu bersalin ni.. Aku dan suami (kat tepi katil) cerita panjang dari saat kitorang jumpa sampai kitorang kawen. Wah.. Romantik la konon.. Masa tulah nak tya macam-macamkan??

Lama sangat bercerita.. aku lapar la pulak.. bayi ni xnak kuar. Aku kata kat nurse aku lapar.. nak makan.. dia x bagi. Pastu suami aku pun belikn mee goreng. Tapi x boleh makan banyak2. Bila Dr. xnampak, aku habiskan mee tu, pastu tunggu lagi.. sampai la kul 11.30 malam. Aku kata lapar lagi, Dr. xbagi makan, tapi dia buatkan aku milo.

Sebab aku guna epidural, aku xrasa sakit nak bersalin tu. Dr letak earphones kot kat perut aku, x ingat dah.. Jadi aku boleh dengar denyutan jantung bayi.. Bila bunyi kuat Dr kata tu tandanya aku tengah sakit sangat (kalau x guna epidural). Masa tengah sembang2 tu, bunyi tu makin kuat, pastu aku terasa cam ada benda je kat bawah tu. Pastu Dr. datang cek.. rupanya bayi dah nak kuar.. dah nampak rambut dia..
Oh.. nampaknya aku kena bersiap sedia.. Epidural aku dah nak habis, dah dekat 7 jam ni, kalau habis nanti aku rasa sakit.. Baik aku cepat2 teran keluarkan bayi ni..

Sebab aku xrasa sakit, tak tahu nak teran macamana.
Jadi aku  teran sampai merah muka..
Dr. kata.. salah tu Suhaiza..
"Awak kena teran macam awak nak berak, bukan teran kat kepala"

Okeh2 Dr. I Try My Best.. huhu

Tepat jam 1.10 pagi 2 Rejab bersamaa 25 Jun 2009
lahirlah putera sulung aku  yang dinamakan
Muhammad Amirul Mukmin

Hari Pertama Muhammad Melihat Dunia
Muhammad Sayangku..
Mama nak kamu tahu..
Kenapa mama bagi nama kamu itu..
Sebab...
Mama mahu wajah  dan akhlak kamu seindah dan sebaik DIA..
Contohi sikap DIA.. Jadi pemimpin kepada yang lain..
Berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara..
Suatu Masa Nanti..

No comments:

Post a Comment