Digital clock

Tuesday, March 13, 2012

GoReS DaN MeNanG..

Untuk kali ni aku nak cite pasal Gores Dan Menang..

Jangan salah sangka lak, aku ni bukan ejen buat benda gitu..
Aku nak cite, pengalaman aku terpedaya, terpesona, terpegun, terkesima dan yang sewaktu dengannya..

Ini pengalaman benar lagi sohehhh dan comfirm aku xkan melupakan saat itu..
Jadi, aku nak share dgn korang semua supaya x ikut macam aku..

Perkara ni berlaku tahun lepas kat  Shopping Kompleks dekat rumah aku..

Dengan langkah yang ceria hari tu, tetiba aku disape oleh seorang budak lelaki yang katanya

Budak Lelaki : Kak.. Kak.. ambik ni kak free je akak x payah bayar.. Saya bagi 2 kat akak sebab dari jauh saya tengok akak ni senyum je.. (Benda nyer bukan apa pun cuma paper beg je..)

Aku dengan senyum2 kambing tu, layan la adik ni..

Budak Lelaki : Kak.. Kak.. akak boleh saya ambik masa akak sekejap x.. akak xperlu beli apa2 pun, akak dengar je dulu.. akak xperlu bayar dengar taklimat saya ni..

Ntah, macamana aku rasa berminat lak nak dengar.. maklumlah lepas kena puji..
Dia pun terangkan la  kat aku produk2 dia..
Yang buat aku terpacak tu sbb aku minat sangat dengan tempat masak letrik tu..
dah terbayang2 dah aku dapur aku yang canggih kalau pakai tu.. tapi masaknyer x rajin gak.. hehe

Budak Lelaki : Akak pernah dengar jenama XXX ni x?

Aku : Xpernah

Budak lelaki : X pernah!! Biar betul kak, benda ni 1malaysia tahu.. Akak pernah tengok kat televisyen iklan XXX.. Ha.. itulah pengeluar barangan ni.. Akak pernah dengar kan??

Aku : Oh.. pernah2.. (Malas nak dengar dah, aku kata je pernah)

Budak Lelaki : Akak tahu x berapa harga dia? Kat luar harganya RM 3k. tapi hari ni kami jual RM 2k je.. Akak bayang la betapa murahnya harga yang kami jual. Akak.. benda ni kalau pakai jimat letrik. Pastu cepat masak. Akak nak panggang pun boleh.. Akak cuma perlu setkan masa je.. Ha.. camni.. camtu....

Aku : Xnaklah.. Mahal la..

Budak Lelaki : betul akak x nak.. Rugi akak, mana ada syarikat lain tawarkan harga yang rendah macam syarikat kami bagi.. Benda ni memang tengah top sekarang.

Aku : Iyeerr ker? Xpelah lain kali lah.. lagipun duit gaji xmasuk lagi.. nanti bila dah dapat gaji akak datang ya.. (Ayat2 nak memblahkan diri)

Budak Lelaki : Xpelah camtu.. Tapi sebelum akak balik saya nak akak gores dulu kad ni. Mana tahu akak dapat free barang2 kami ni...

Aku : Meh cepat-cepat akak nak balik dah ni.. nak gores pakai apa nih.. (Dia pun bagi aku coin).. Aku pun dengan sepenuh hati menenyehhh kad kecik tu... Tetiba.. tanpa aku sangka2.. muncullah gambar dapur masak yang aku idamkan tu.. (Berbunga riang la aku)...

Budak Lelaki : Akak.. tahniah kak.. nampaknya apa yang akak hajatkan tuhan dah kabulkan.. Eh.. kejap2 kak.. kalau ikutkan benda nih dah xde stok sebab kita buat ni sempena hari kekasih hari tu. Macam dah x valid.. Macamana ada lagi benda ni, patutnya dah de.. Xpe2 saya cek dengan bos dulu.. Saya call dia sekejap.

Aku : Saya xkira.. korang yang suruh saya gores.. Bila saya dah gores dapat hadiah awak kata x valid pulak.. tipu la awak nih..

Budak Lelaki : X kak.. Kami x tipu kak.. Xpe kak saya cek dulu.. Hello bos.. Ni saya nak tanya ada customer depan saya ni tadi dia gores kad yang kita buat promosi masa hari kekasih hari tu.. Kalau ikutkan dah tamat tempoh. Macamana ni bos? haha.. k, bos nak cakap dengan dia.. Ok2 saya bagi..

Bos Budak Lelaki : Hello.. U siapa nama? Ada kenal dengan budak yang jual ni ke (Ingat dia aku ni kauteammm dengan anak buah dia). Betul ke u datang sana gores itu kad? Kad tu budak2 i yang bagi ke? Betul ya u x dapat kad tu dari mana2?

Aku : Yerrr la.. xkan saya nak tipu pulak. Saya baru je datang tempat anak2 u ni.. Dia yang bagi saya kad ni. Pastu saya gores dapat gambar ni.. i x kira i nak juga hadiah ni...

Bos Budak Lelaki : Ok2.. Hadiah tu u memang dapat. Kebetulan memang ada 1 je lagi yang tinggal. Cuma yang saya confius, macamana kad tu boleh ada lagi sebab kami buat promosi hari tu. Apa pun.. tahniah pada awak coz berpeluang menang.

Aku : K, TQ la.. Mungkin Hari Bertuah saya ni.. (Perasan sungguh aku hari tu).

Budak Lelaki : Kak.. Tahniah.. Tangkap gambar dulu kak.. nanti saya kena tunjuk bukti pada bos saya.

Aku : (Dengan heppy nyer aku siap peaceee lagi dalam gambar tu sambil memegang kad yang aku gores tu)..

Masa aku menang tu, staff2 lain pun dok kerumun aku.. konon2nya nak memeriahkan la lagi saat2 kegembiraan aku tu.. memang komplot baik nyer...

Budak Lelaki : Kak.. sebelum tu akak nak beli x barangan lain kami. kami ada set periuk n ............. (Dah x ingat sangat.. sbb terlampau hepy dapat dapur masak tu). Kak.. periuk ni cuma RM 3k je, semuanya ada 15 jenis. Semua set ni diperbuat dari besi, kalau hempas pun x kemek.. (Siap tunjuk demo lagi kat aku). Dijamin seumur hidup kak.. Disebabkan akak dah menang tadi, polisi kami akan bagi diskaun 50%, harganya jadi RM 1k.. Murah kan kak, daripada harga asal dia.. Macamana kak.. akak berminat x?

Aku : Xnaklah.. mahal la.. lagipun.. akak ni bukannyer chef, kalau akak dah jadi chef akak datang balik beli ko nyer periuk belanga ni ya.. K lah.. akak nak balik ni.. dah nak maghrib dah.. Nak masak lagi.. tapi akak masak guna kuali biasa je la.. xde la canggih macam set ko ni..

(Geng2 budak lelaki ni pun xputus asa)

Budak Lelaki : Ok kak macam nilah.. kalau akak rasa set ni mahal, kami ada  barangan yang murah cikit dalam RM 500-RM800. Akak tengok barang ni, dia boleh remove toksid.. Akak pun tahu kan sekarang ni semua makanan macam buah-buahan, sayur-sayuran n ikan, ayam semua ada bahan pengawet. Kita selalu cuci guna air biasa je, tapi sebenarnya kita cuci tu dia xmenanggalkan kotoran pun. Ada pun mungkin cikit. Akak tengok epal tu, akak cuba teka dah berapa lama epal tu duduk dalam benda tu? Dah seminggu akak tau, cuba akak makan.. masih rangup n lazat lagi.. Percayalah kak. Ikan atau ayam pun kalau rendam, boleh kecut akak tau, sebab terlampau banyak bahan yang dimasukkan untuk kekalkan kesegarannya tuh..

Aku : Ye ke dik.. akak xtahu pun.. berapa harganya nih.. (Terpesona pulak aku)

Budak Lelaki : Ini dalam RM800 kak.

Aku : Kejap2 ya.. akak call suami akak dulu.. Tut.. Tut.. Abang.. cuba abang teka mama kat mana? Abang tau x.. mama menang dapur masak.. dapur yang canggih orang guna sekarang ni.. Bestnya.. Ni first time mama dapat hadiah, seumur hidup mama belum pernah dapat peluang macam ni.. Bertuah betul mama hari ni abg..

Hubby : Mama.. dengar abang kata nih.. mama kalau ambik barang dia tu, nanti dia suruh mama beli barang yang lain dulu, baru boleh dapat hadiah tu.. Kalau mama nak nanti abg belikan, kita pergi sama2.

Aku : Alaaaaa ayahhh.. nnt kalau beli dapat harga lagi mahal.. lagipun ni hadiah, kita cuma beli 1 produk yang lain jer.. Boleh la.. Bukan kita rugi pun.. Nilah first time mama dapat menang camni.. (Ayat kesian aku)

Hubby : Terpulanglah kat mama. Abang dah bagitahu. Tapi kalau dia suruh mama beli yang lain.. xpayah beli. Nanti abang belikan kalau mama nak.

Aku : K lah ayah.. Bye.. =(

Budak Lelaki : Camana kak? Abang bagi x? Rugi x beli ni kak... Kalau akak berminat akak nak bayar guna cash ke kad kredit?

Aku : Hadiah tu saya memang dapat kan?? Kena ambik gak ya barang yang lain?? kalau akak bayar ckit2 dulu boleh kan?

Budak Lelaki : Boleh!!! Akak punya pasal semua boleh.. Nanti saya bagitahu bos saya. Akak nak bayar bila2 pun xpe? Nanti saya tulis kat resit tu "Paid Anytime".. Tapi akak bayar deposit dulu, minimum RM100.
Aku : Ok.. (Xsabar nak balik tunjuk dapur masak ni kat laki aku.. dah azam nak masak sedap hari2)
Budak lelaki tu pun, dengan lajunya menulis resit pembelian aku...

Dah siap tu aku tunggu la jugak..
Dalam hati.. bila dia ni nak bagi aku dapur masak ni..
Tadi dah tunjuk kat aku...

Setelah 2 minit aku tunggu.. aku tengok.. masing2 buat kije sendiri.. n aku bertanya...

Aku : Dik.. mana hadiah yang akak dapat tadi?

Budak Lelaki : Ohhhh.. hadiah tu akak kena ambik ofis kami kat XXX. Yang tadi tu display jerrr..

Aku : Gerrrr.. Gerrr... Gerr .. Cis.. Cis n Cisss.. (Buang masa aku jer).. Dah berangan aku nak masak malam ni.

Kesimpulannya..
Diorang ni memang pandai memujuk betul.. marketing la katakan.. Walau x dpt banyak, ckit pun ok.
Aku x salahkan mereka 100%, sbb aku pun terbijak sangat hari tu..
Lagipun dah itu kaedah untuk menarik orang membeli produk .. seperti dipaksa dengan cara yang halus.
Tapi yang aku terkilan.. lakonan diorang call bos diorang tu.. memang menipu habis..

Masa dalam perjalanan balik tu, masih terngiang2 lagi lakonan tu..
Aku rasa mesti kedai2 yang kat tepi tu dah masak dengan lakonan diorang tu.. mungkin ketawakan aku "Mangsa Seterusnya"...

Harap2, korang diluar sana, kalau terjadi macam situasi aku tu..
berfikirlah dalam2 sebelum membeli dengan amalkan tips aku kat bawah ni.. naseb baik aku xrugi banyak... Lastnya barang tu aku x pergi ambil pun kat ofis dia..
 Agaknya kalau gi ofis dia tu, lagi banyak barang dia paksa aku beli baru boleh dapat hadiah aku tu...
Hua.. Hua.. xdapat la merasa dapur tu.. =(

p/s : 1. Ukur Baju Di badan Sendiri...
        2. Semasa membeli, tanya pada diri.. Ini keperluan atau kehendak???
        3. Dengar nasihat orang yang lebih tua kerana mereka lebih banyak pengalaman.

1 comment:

  1. huhu samela pernah kena tipu gak time maghrib2 ni..sama je lakonan dorang tu..ciss..

    ReplyDelete