Digital clock

Thursday, February 23, 2012

HoNeYmOOn YanG TidaK AkaN DiluPaKaN

Siapa yang baru baru kawen, mesti dah planning awal2 nak gi mana honeYmOOn nanti..
Yang dah lama kawen... cam aku ni.. mesti teringat-ingat saat bahagia gi honeymoon dolu2.. 

Untuk enTry aku kali nih.. 
aku nak persembahkan kenangan aku honeymoon masa lepas kawen dan n masa dapat anak.. sape yang tengok tuh.. jangan la menangis pulak bila tengok aku yang slimmm giler tuh.. mungkin juga yang nak keluar air mata darah tu.. tahan dulu ya.. =)

Gambar ni aku tangkap kat jeti tuan punya resort tu di Semporna, Sabah

Dah sampai la aku kat Pulau Kapalai..
sampai je sana.. tentunya ada dayang2 yang berbaris menyambut ketibaan aku n suami..
sangat best..
Sedikit pemandangan kat kawasan ini untuk tatapan semua..
Bayangkan tempat ini berada di tengah2 lautan di atas pasir putih..

Camne??? Ada percaya tgk aku yang slimmm giler tu...
Tolong lap hingus n air mata tu....

Tidak dilupakan.. aktiviti wajib aku.. makan sampai kenyang.. baru leh wat aktiviti...



Jom tengok pulak aktiviti aku kat sana....

Ada nampak cam labu terapung x?
Nak tahu x disebalik gambar ni.. sebenarnya kat pelampung tu ada tali yang sangattt panjangggg yang dipegang oleh hubby... sebab aku ni takot, tapi hati nak snorkling juga.. 

Tempat ni best giler bagi orang yang pandai menyelam..
setakat cam aku ni.. snorkling, berkayak n berenang-renang gaya ikan belacak tu boleh lah..=)
Kat sana kita boleh jalan2 kat Pulau Mabul dan Pulau Sipadan.. 

Kalau nak datang sini jangan lupa bawak laptop, kalau boring leh tgk cd.. sbb kat bilik xde tv.. (Bilik yang mahal ada la kot tv) kalau nak tgk tv pergi kat bilik yang dah disediakan.. Nak main snooker ke, ping pong ke n semua indoor game ada.. layanlah mana nak.

Lepas 3 Hari 2 malam di Pulau Kapalai, kami jalan2 ke Ranau - Kundasang .. Konon-kononnya nak naik Gunung Kinabalu la... Tapi.. xdapat pun, sbb kena booking awal.. xpelah dapat mengadap gunung pun jadilah.. kebetulan bilik aku betul2 mengadap gunung...

Pemandangan dari tingkap bilik di waktu pagi

Zoommm ckit.. kot2 boleh nampak orang kat atas tu...

Selepas setahun setengah.. hubby ajak lagi bawak anak pulak..

Ada beza tak dengan gambar yang kat atas tu... Pada firasat aku...
Mungkin, pintu tu dah kecik ckit.. Masa aku datang dulu pintu tu besor ckit rasanya... =)

Susah Betul nak pakaikan dia life jacket ni.. Xlupa nyot2 dia.. nnt xboleh tido aku...
Mana nak cari puting kat tengah2 lautan nih
Lagi susah aku kalau kecik ni terjun kat laut tu.. Jadi umpan ikan jelah...

Ini Bilik Penginapan Kami

Esoknya.. Jalan2 di Pulau Sipadan

Bapa yang bertanggungjawab sentiasa memberi perhatian kepada anak dan
memberi kebenaran kepada isteri untuk ber snorkling.. hehe

Muhammad kepenatan sampai xlarat nak jalan...

Inilah HoneymOOn yang tak kan aku dilupakan...

Bagi yang berminat untuk honeymoon atau bercuti kat sini bolehlah melayari laman ini ; http://www.sipadan-kapalai.com/

1 comment:

  1. huiyooo cun giler masa tgh honeymoon...lani pun comeiii...:)

    ReplyDelete